Friday, October 1, 2010

BAKAL PENGGALAS ?

SIAPA BERTUAH ?

Tiada beban, batu digalas
Perbandingan yang kemas
Jika sengaja tempah nahas
Laksana berhempas pulas

PRK DUN Galas menanti
Setelah YB nya kembali
Ketentuan Allah menepati
Barang sesaat tak mungkiri

27 september akan ingati
Arwah tinggalkan dua isteri
Serta sebelas anak diwarisi
Juga pengundinya bersekali

Pas dan UMNO siap diri
Pakatan rakyat, pas wakili
Tiket BN, UMNO dipasti
Pilihan tangan pengundi

Tentu ramai menawar diri
UMNO dan Pas akan lalui
Calon yang tepat menangi
Sedikit silap memakan diri

Nama ku li antara spekulasi
Jika UMNO ingin menangi
Tambah ADUN BN nanti
DUN kelantan akan berseri

Pas yang memerintah negeri
Tewas PRK tetap bermajoriti
Jika ikhlas sayangkan ku li
Calon Pas tak wajar tandingi

Bermain lidah, Pas menjuarai
Konon demi prinsip demokrasi
Laluan ku li pastinya diranjaui
Satu lawan satu bakal temui

Pabila para pengundi malas
Hak mengundi sengaja culas
Parti sendiri tempah lemas
Menang calon lawan bernas

serling
01.10.10
Jumaat
…….
p/s;
UM;01.10.10;jumaat
‘Pas akui Galas satu cabaran besar’
‘UMNO tidak termakaan kail’
‘Perlantikan Tengku Razaleigh tepaat – Mukhriz’

No comments: