ADA MUSANG BULU AYAM ?
Usia ke enampuluh empat
Kawan dan lawan berminat
UMNO cukup matang amat
Ahli UMNO wajib beringat
19 – 23 oktober tersua muka
Delegasi dan pemerhati ada
Datang dari seluruh negara
Agama dan bangsa tak lupa
Berjati diri atau pura-pura
Tiada alat penguji taat setia
Sejarah PRU ingatkan kita
Musang bulu ayam jumpa
Najib presiden parti semasa
Patut lebih lagi berwaspada
Slogan ‘1 Malaysia’ digema
Walau impak positif dikata
Selepas PRU 2008 melanda
Di bawah paklah jadi kepala
Hampir UMNO tidak maya
Kini najib perlu segarkannya
Diandai famili analogi guna
Struktur UMNO terumpama
Ditegur puteri serta pemuda
Amat sedih melenting depa
Selaku waris pimpinan kita
Jawab teguran kurang cara
Tak terima kasih orang tua
Sebaliknya alasan pula jaja
Dengan info hadapan mata
Tegur orang tua betul hala
Khas buat si ketua pemuda
Dalam blog banyak jumpa
Andai yang di pucuk leka
Tegur baik diburuk sangka
Hayati sejarah UMNO kita
Tika paklah pekak telinga
Jika UMNO tidak beringat
Tunggulah masa serta saat
Bila jasabuat tak mengikat
Awas si pembelit memikat
serling
[18.10.2010]
isnin
……..
p/s:
BERNAMA.COM:18 oktober,2010 23.28 PM
“Perhimpunan Agung UMNO Dijangka Bincang Mengenai Pilihan Raya”
Monday, October 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Berita bertiup kencang, Ketua Pemuda telah membayar perwakilan untuk mendesak PM melantiknya sebagai Menteri.
Sesuai jadi Menteri Zoo untuk menjaga kebajikan beruk dan orang utan.
Post a Comment