Wednesday, October 6, 2010

KEBEBASAN DIMATI ?

DEMOKRASI ALA PAKATAN ?

Rahimi memberani diri
Prihal sebenar dikongsi
Akuan bersumpah diberi
Bagaimana anwar warnai

Restoran di klang lokasi
Selepas polis dimaklumi
Jam 3 petang lapor metri
Sidang akhbar kecoh jadi

Amat jelas hasrat Rahimi
Bersubahat tak mahu lagi
Dahulu akur si boss ingini
Lepas kongkongan bunyi

Belumpun sidang dimulai
Penyokong anwar ganggui
Mulut Rahimi mahu kunci
Kelakuan samseng pameri

Pada anwar mahu lindungi
Sanggup langgar demokrasi
Belum bersuara akan kunci
Agar mereka saja monopoli

Belum pun kuasa perolehi
Sekadar ‘penasihat’ parti
Orang suruhannya berani
Parah jika perdana menteri

Sewajar rakyat menginsafi
Pakatan Rakyat patut jauhi
Hanya kuasai empat negeri
Pemikiran kita dikongkongi

Serangan pada najib berapi
Berbagai tohmahan taburi
Kes Altantuya manipulasi
Tohmahan buat makan diri

Jika si anwar bersih suci
Ngapa perbicaraan takuti
Banyak helah dia ungkiti
Elok lihat rekod bohongi

Yang utama kita contohi
16.09.2008 umum berani
Bahawa dialah PM pasti
Majoriti MP menyokongi

Berlalu tarikh digendangi
YB PKR ada keluar parti
Gagal si anwar kawal ahli
Lebih keluar dari masuki

‘Akal kancil’ dulu kongsi
Seperti yang buat analogi
Agas dan lalat gagal kuasai
Dedahan Rahimi hampiri

Perlu dedahan oleh rahimi
Rakyat bijak tafsir realiti
Laku samseng buat yakini
Ngapa takut rakyat hakimi

Pada rahimi patut sokongi
Dengar apa ingin dikongsi
Secepat mungkin maklumi
Kes liwat segerakan hakimi

Yang paling tidak dilupai
Ketika nombor dua terajui
Salah gunakuasa terbukti
Hukuman penjara dilalui

Penyokong anwar sedari
Jika majlis kalian begini
Harakah tumpang sekaki
Konon kebebasan dimati

serling
[07.10.10]
khamis
….
p/s:
BERNAMA:06 Oktober, 2010, 21:11 PM
“Sidang Akhbar Rahimi Dihentikan Kerana Gangguan Penyokong Anwar”

No comments: