Tuesday, August 31, 2010

SEBALIK ANGKA ?

BETULKAH TINDAKAN ?

Satu dan tiga mewakili angka
Cara kombinasi bawa makna
Posisi depan-belakang cakna
Mula satu, tigabelas bunyinya

Jika mula tiga, tigapuluh satu
Tigapuluh satu ogos ditunggu
Disambut gembira bersyahdu
Tahun 1957 diperingati selalu

Ulangtahun ke 53 baru berlalu
Di hari puasa keduapuluh satu
Lokasi bertutup pilihan tumpu
Simbolik sebumbung bersatu

Kebiasaan sambutan terbuka
Eloklah dibuat sesekali sekala
Di lokasi bersejarah ternama
Peringatkan rakyat sejarahnya

Tigabelas wajib peringat juga
Bulan mei 1969 cetus bahana
Ada yang alegi mendengarnya
Hindar pencetus, awasi suara

Limapuluh tiga tahun kita lalu
Tahun ke 12 merdeka, seteru
Unsur perkauman menghantu
Rakyat yang diapikan melutu

Mangsa probakasi tidak kaku
Sejarah hitam tercatat di buku
Hasil terbitan Utusan Melayu
Di pasaran, ulang cetak temu

Jadi kewajipan warga negara
Kita amat sayangkan bangsa
Perlembagaan kita usah lupa
Sanggahinya undang bahaya

Tulisan kasar konon sengaja
Demikian Namawee bersuara
Tegak benang basah dia jaja
Siasat si dalang belakangnya

Maafkan lekeh ‘Negarakuku’
Soi Lek juga turut membantu
Beza pendekatannya terbaru
Kepada Namawee tak setuju

Atas alasan pertama berlaku
Sangkakan tiada lagi ketemu
Berkali lagi karyanya begitu
Wajarlah tiada maaf bagimu

Ikut yang Namewee terima
Diberikan maaf kali pertama
Pada pengetua wajib sama
Hukum pengetua, usah kena

serling
[01.09.2010]
rabu
….
p/s:
-UM:31.08.2010:selasa:
“TPM:Kerajaan tidak kompromi isu sensitiviti perkauman”
“Mahu tarik perhatian ramai – Namawee”
“lucut sahaja kerakyatan”
“Generasi muda perlu tingkat jati diri”
-BERNAMA.com:31 OGOS,2010; 16.42 PM
“MCA Mahu Kerajaan Bertindak Tegas Terhadap Pencetus Isu Perkauman”

No comments: