Wednesday, August 25, 2010

ANTARA PASTI DAN TUAH !

DUIT RAYA & ROYALTI ?

Dua minggu sebelum aidilfitri
Pengumuman perdana menteri
Duit Raya RM500 bakal diberi
Petugas awam dan pesara seri

Gred 1 hingga 54 bakal nikmati
Dapat tampung belanja hadapi
Selamatkan dari along menanti
Langkah bijak tidak termimpi

Kerna negara amal demokrasi
Tanpa mengira fahaman parti
Petugas dan pesara tetap jagai
Yang bersyukur amat hargai

Terima kasih najib mengerti
Moga sambutan raya berseri
Seisi keluarga tak pening lagi
Gitu rakaman tuah dan pasti

Daripada Kota Bharu bunyi
Hajat Kerajaan Pas pameri
Kepada Petronas saman beri
Kata ada hak terima royalti

Tanggal 30 ogos bakal saksi
Di K.L, Mahkamah Tinggi
Akan didaftarkan maklumi
Tunggu tuah yang tak pasti

Kalau berjaya, bakal razeki
Perbicaraan panjang terjadi
Kerajaan Pas nak kuat parti
Isu royalti menyatukan ahli

Ahli Pas minda terbuka rasai
Status di dalam pakatan seri
Tapi ahli Pas gaya dibohongi
Suara DAP, Pas mengakuri

Mantan MB Pas Perak ingati
Walau Pas miliki lima kerusi
Wakil PKR sengaja diketepi
Permudahlah DAP tunggangi

Para penggundi bukan mati
Janji PRU 12 sengaja lupai
Isu royalti sengaja gemburi
Konon kelantan dikhianati

Pusingan 360 darjah bukti
Bukan Islam dulu dimusuhi
UMNO dilebel buruk sekali
Akhirnya cara UMNO ikuti

‘Pas For All’ jaja sana sini
Pada ahli Pas, telah yakini
Cara bukan Islam pancingi
Pihak lain apa hujah bunyi

Bagi duit raya akan nikmati
Rancanglah belanja berhati
Pas yang menuntut royalti
Bicara mahkamah hormati

serling
[26.08.2010]
khamis
……
p/s:
BERNAMA:25.08.2010:RABU:
“'Duit raya' RM500 untuk kakitangan awam, pesara”
“Isu royalti minyak: Kerajaan Kelantan saman Pertonas 30 Ogos”

No comments: