Sunday, August 22, 2010

SIAPA TERDESAK ?

DEMI EMPOK KERUSI ?

Guan Eng Ketua Menteri
Di Pulau Pinang kepalai
Capai niat perintah negeri
Pas dan PKR setia patuhi

Bijak DAP tindak jarumi
Si Guan Eng tidak ketahui
Begitu guan eng maklumi
Hari jumaat namanya jajai

Khutbah jumaat dicemari
Berlaku senjak dahulu lagi
Khatib jemputan menzahiri
Zakaria ahmad amat berani

Lebih lima masjid jelajahi
Tok khatib Pas tegar pasti
Nik aziz akui tidak ketahui
Begitu cara pamer sokongi

Nik aziz memiliki dua topi
Topi Ulama dan Pas sekali
Ulama tulen sikapnya berani
Takutkah DAP,mulut kunci

Selaku mursyidur am ketuai
Kumpulan ulama Pas naungi
Hal sensitif tentu dimaklumi
Keikhlasan nik aziz diragui

Selaku exco agama negeri
Abd malek kasim menafi
Berlakunya sebagai terjadi
Caragaya untuk menutupi

Laporan polis telah dimetri
Hal nama guan eng diuari
Khutbah jumaat tercemari
Polis akan menyiasat kini

Kepada Pas yang masih nafi
Lapor polis segeralah pergi
Katakan itu fitnah usah cayai
Bukan di harakah hujah jajai

Politik murahan Pas warnai
Tuduh UMNO terdesak kini
Isu khutbah sengaja bisingi
Pas terdesak, masjid cemari

Satu demi satu masjid pergi
Tanpa tauliah bebas masuki
Khatib sokong pakatan pasti
Bagai masjid Pas tunggangi

Amatlah malang kaum bumi
Agama Islam telah tercemari
Tapi Pas berdolak dalih jajai
Utama politik, agama ketepi

Usahlah sebab empok kerusi
Jadi ADUN dan MP ingini
Lebih PR dari Islam warnai
Dihalalkan cara kejar kerusi

serling
[22.08.10]
ahad
……….
p/s:
-MM:22.08.10:ahad
“Lagi nama Guan Eng dalam khutbah”
-Harakah Daily:22.08.10:ahad:
“Khutbah: Umno terdesak dapatkan sokongan Melayu”
Written by Mohd Ali Hashim

No comments: