Sunday, August 15, 2010

GUNA MERIT ?

UDANG SEBALIK MI ?

Suara presiden MCA terkini
Merit bukan kuota dipromosi
Kek ekonomi Negara kongsi
Itulah yang kaumnya ingini

Begitulah amalan demokrasi
Setiap pihak boleh menzahiri
Segala pandangan tapis rapi
Tidak semestinya kena turuti

Peristiwa 13 mei patut hayati
Parlimen kita bagai terkunci
MAGERAN segera berfungsi
DEB diformulakan mengatasi

Jika lipatan sejarah perhalusi
Jurang ekonomi akan dibaiki
Kuota 30 peratus umum rasmi
Untuk membantu kaum bumi

Dalam realisasi kuota hajati
Kegiatan bukan bumi dijagai
Kek ekonomi besarkan lagi
Demikian Tun Razak berperi

Sejak dahulu hinggalah kini
Baki 70 peratus bukan bumi
Termasuk pelabur luar negeri
Kuota bumi tak pernah penuhi

Minyak dan gas giat diterokai
Peranan kerajaan urus aktiviti
Kini menular ke luar negeri
Semua warga negara nikmati

Hasrat MCA amatlah curigai
Gaya mengaut depa aplikasi
Gaya berkongsi tidak minati
Apakah lagi yang depa ingini

Bahasa mandarin perjuangi
Tak cukup apa yang pameri
Gaya rasisnya cuba susupi
Sekolah vernacular julangi

Dalam pupuk rasa harmoni
Usaha kita sengaja halangi
Sekolah wawasan tentangi
Aliran kebangsaan ranjaui

Begitu kukuh dijatikan diri
Tuduh kita rasisnya tinggi
Kehendak rasis depa susupi
Macam udang disebalik mi

Baci penduduk sedang lalui
Setelah 53 tahun bebas diri
Bahasa rasmi ada tidak reti
Itu akibat vernacular agungi

Kurang saranan diungkapi
Bagai helah depa menjajai
Maklumat palsu dikhuatiri
Tidak patriotic depa pameri

Konon takut LHDN jejaki
Cukai sebenar kena hadapi
Utamakan diri amat tinggi
Kuatkuasa akta jadi mesti

Dulu kita tidak termimpi
Amanah saham semua kini
Kuota depa segera penuhi
Kuota kita terjurang lagi

Depa terusan mendahului
Jika tanpa kuota kendali
Nasib kita kekal sebegini
Tokok seinci, depa sekaki

Alhamdullilah rasa di hati
Terdapat juga yang hayati
Ngapa kuota 30 justifikasi
Moga kita kekal harmoni

serling
[14.08.2010]
ahad
….
p/s:
MM:14.08.2010:ahad:
“Guna merit bukan kuota – MCA”

No comments: