Tuesday, September 7, 2010

DETIK 16 SEPTEMBER ?

BERSATU ATAU BERSETERU ?

Hari aidilfitri masih nanti
Khamis atau jumaat pasti
Hari rabu diumum rasmi
Kita bersatu ikut patuhi

Aidilfitri dan adha bersatu
Agama bawah raja melayu
Fahaman politik tak ganggu
Dua kali setahun berlaku

Hanya dua hari seia sekata
Tiga enam lima hari semua
Sesama islam bersengketa
Konon ‘politik aku’ termulia

Fasal 153 perlembagaan
Mulai sejak kemerdekaan
Kacang lupa kulit dapatan
Demikian perumpamaan

Ketegasan pakar sejarah
Kepada Kay Kim, tahniah
Hayati sejarah tak melatah
Hak melayu usah dirubah

Lahir lepas kemerdekaan
Dangkal sejarah cetusan
Caya bukan bumi gulaan
Kontrak social engkaran

Sedih terlupa diri peraga
PM mat jenin, hadi kata
Mahu menawan putrajaya
Hadapi kes liwat kedua

Selepas PRU12 berlalu
Tanggal 16.09.2008 palu
Canang dialah PM baru
Cakap bohong tak malu

16.09.2010 bakal temui
Ulangtahun diperingati
Tambah sedia difahami
Ingatlah anwar bohongi

serling
[08.09.2010]
rabu
….
p/s:
UM:06.09.10:isnin:
“Hak istimewa Melayu tak boleh dipadamkan – Kay kim”

No comments: