Wednesday, September 15, 2010

BELUM TERLAMBAT ?

SUKAR LENTUR BULUH ?

Cukup empatpuluh tujuh
Ulangtahun negara tubuh
16.09.1963 dipahat teguh
16.09.2010 kini perkukuh

Manusia diingati nama
Si perosak atau pembina
Sejarah sesebuah negara
Generasi pewaris nilainya

Rakyat yang menghargai
Tanpa kira kulit pada diri
Juga tarikh lahir ke bumi
Kerna negara sedia bakti

Pucuk pimpinan silih ganti
Pemimpin terkini dikenali
Yang dahulu mudah lupai
Kitaran serupa akan ulangi

Jika sejarah tidak diminati
Soalan mudah kalau tanyai
Sapakah tokoh libatkan diri
Markah penuh sukar dapati

Sejarah salasilah keluarga
Takut banyak yang terleka
Anak tahu emak dan bapa
Lapisan ke atas sebut saja

Malaysia wajar kuat teguh
Tokoh berkenaan dihebuh
Minda warga bersih asuh
Permusuhan elak tumbuh

serling
[16.09.2010]
khamis
….
p/s:
… SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KE 47 dan BERSAMALAH KITA …BUAT NEGARA BANGSA TERCINTA !
…tahukah kita …Dato Donald Stephants, Temenggung Juggah, Abang Haji Mustapha, Ling Beng Siew…d.l.l… di samping tokoh2 Persekutuan Tanah Melayu & Singapura ?

No comments: