Friday, January 1, 2010

' SURUH & TEGAH '

JUMAAT PERTAMA 2010 !

Tahun baru amat beretika
Bagai lari berganti acara
Jaga amanah baton terima
Dua belas bulan itu lama

Akhir tahun 2009 berlalu
Balik ke rumah ibubapaku
Kedua mereka ceria selalu
Terubat rasanya hati rindu

Kebetulan jumaat pertama
Khutbah 01.01.10 makna
‘suruh dan tegah’ bersama
Intipati khutbah amat kena

Suara khatib terang sekali
Umat Islam mesti mentaati
Semua orang tidak kecuali
‘suruh dan tegah’ berselari

Yang disuruh kena laksana
Tiada sebab untuk abainya
Moga bahgia seisi keluarga
Janji Allah balasan syurga

Semua ibubapa diperingati
Akan kewajipan Allah beri
Pendidikan anak hal mesti
Abai pendidikan, buruk jadi

Dadah dan buruklaku remaja
Anak-anak kita, sendiri jaga
Hal buang bayi disentuh juga
Ibubapa tidak boleh buat leka

Kewajipan ibubapa hal mesti
Salah besar biarkan apa jadi
Jika biar, sukar bentuk nanti
Usah pada orang tunding jari

Hanya sendiri betul belaka
Pihak lain bersalahan saja
Punca pecah kalangan kita
Muhasabah diri buat segera

Yang ditegah mesti hindari
Tak boleh buat sama sekali
Barulah hidup Allah berkati
Hidup masyarakat harmoni

Jika yang ditegah anak suka
Ibu bapa membiarkan sahaja
Diri ibu bapa salahnya punca
Jadikan anak calon ke neraka

Dikongsi khutbah tahun baru
Semua ummah wajib bersatu
‘suruh dan tegah’ cara sepadu
Hikmah perintah Allah tentu

Balik kampong amat makna
Adik dari Pekan pulang juga
Famili rumah Atas bersama
Langkah baik 2010 bermula

serling
[01.01.10]
jumaat
…..

No comments: