Wednesday, January 27, 2010

PILIHAN TEPAT ?

SEKAT, PECAT DAN DEBAT ?

Bagai kalimah ALLAH dialat
Penasihat PR ada muslihat
Undi bukan Islam terhasrat
Elak terlucut kerusi hangat

Sesama Islam anwar marahi
Bagai meludah kaum sendiri
Yang dulunya beliau agungi
Dalam capai hasrat peribadi

Oleh kerana beza pendapat
Zulkifli Nordin mahu disekat
Dari serang sama suku sakat
Arah kunci mulut diperketat

Besedia dipecat, kata zulkifli
Usah kalimah ALLAH kongsi
Lawan kata anwar merestui
Pada Khalid samad, dia anti

Tidak lupa anwar berdebat
Sabrey chik ternyata hebat
Jerat anwar tak menyengat
Patut lawan haron din buat

Anwar kena cerminkan diri
Ilmu Islamnya kurang tinggi
Suara haron din patut teliti
Dalam pertahan agama suci

Kekalkan DBP jadi tempat
Ikut debat dahulu format
Mufti jadi pengerusi tepat
Siar langsung, rakyat lihat

serling
[27.01.10]
rabu
…..
p/s:
UM:27.01.10:rabu:
“Rela dipecat”
“Zulkifli dirujuk kepada Lembaga Disiplin PKR”
“Bukan Islam boleh guna ALLAH”

1 comment:

Azam Abd Rahman said...

ternyata asudah budi pekerti
anwar ibrahim menyokong yahudi
kalaulah jadi perdana menteri
tentu negarapun dia liwati

jangan lagi kita percaya kata
kerana anwar kuat berdusta
ke-sini ke-sana kemerata-rata
mempertahankan liwatnya isu yang nyata