Saturday, January 30, 2010

GODAAN JANJI ?

AIR TANGAN P R ?

PRU 12 bagaikan tsunami
BN gagal di Kelantan lagi
P R perkongsian tiga parti
P R dapat lima buah negeri

Kelantan kekal Pas kuasai
Nik aziz-menantu warnai
Gagal nik aziz menangani
Menantu lewatkan berhenti

Kedah pecah rekod sendiri
Pertama kali Pas menguasai
Formula kuota rumah diuari
Tentangan DAP kena akuri

Di Perak lagi hebat terjadi
MB boneka Pas makan hati
Kembali Perak BN kuasai
Akibat 3 orang lompat parti

Di P.P., DAP ketua menteri
P R negeri wajib mematuhi
Kg Buah Pala, menipu janji
Zahrain-PKR, KM tudingi

Di selangor, PKR kepalai
Khalid jadi MB kontroversi
Gerak lakunya tak senangi
YBK satu NGO nak dibuli

Pengajaran paparan kongsi
Sebahagian dari banyak lagi
Untuk rakyat nilai bijak undi
P R gagal perintah 5 negeri

Kerana percaya demokrasi
PRU 12 , P R hidung tinggi
PRU 13, Pahang nak miliki
Strategi naik semangat ahli

MP Inderamahkota berbunyi
Lepas Timbalan PKR negeri
Lantaran anwar utama kroni
P R Pahang bakal gigit jari

PRU 13 pasti akan ditemui
Silap terundi P R, insaf diri
Luputkan P R dari dijulangi
Tidak wajar P R dipercayai

serling
[30.01.10]
sabtu
…..
p/s:
UM:30.01.10:sabtu
“Guan Eng seorang diktator – Zahrin”
“Bagai isytihar perang terbuka terhadap DAP”
“Kerajaan negeri double standard”
“Menantu nik aziz lepas jawatan awal”

No comments: