RESAM POLITIK ?
‘Cah keting’ dimana-mana
Luah nik aziz ada asasnya
Atau mungkin tekaan saja
Pabila tersayang tidak jaya
Alam kerjaya demikian jua
Terbaik jika kelayakan ada
Rakan sekerja akrab semua
Rasa hasad dan dengki tiada
Dalam parti guna demokrasi
Selindung disebalik majoriti
Cah keting bagai lumrah jadi
Pihak menang tepat strategi
Pengamal cah keting menafi
Konon depa amal demokrasi
Sesiapa boleh masuk tandingi
Mudah pula memenangi undi
Tukang cah keting kuat kerja
Hampir setiap peringkat ada
Cah keting amat mudah jaya
Jika payung atasan ikut serta
Naik ‘cah keting’ bergelora
Apatah lagi talian keluarga
Walau nafikan oleh mertua
Pemuda UMNO impaknya
Jika ikutkan amalan tradisi
Naik bertangga tahap tinggi
Lama tempoh, ramai kenali
Banyak pahit getir dialami
Bila berada tampuk tinggi
Sebarang masalah halangi
Laluan tangga arah kemudi
Tindaknya akarumbi yakini
Berulang kali hamba nyata
Kurang efisyen kita merasa
Lemah Pemuda kerna ketua
Kesan sokongan satupertiga
Jika UMNO ingin bertenaga
Cara ‘cah keting’ ulang guna
Mula mertua restu naib ketua
Silat lawan silat, baik jadinya
serling
[18.01.10]
isnin
…..
p/s:
MM:17.01.10:ahad:
“ 'Cah keting' dalam Pas”
Sunday, January 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
lama juga tak bertandang ke KPS
nak jaga jantung yg degup deras
tak keruan bila baca karya pedas
sendeng sebelah tak pernah belas
moh lah tuan sertai kami
grup blogger pahang nama diberi
bersama kata berkongsi hati
bersatu suara untuk negeri
harap tuan mohon ahli grup dengan mengisi alamat email diblog
beranikan hati.
Post a Comment