TANGGANG DIPUJA ?
Jika terlupa boleh terima
Buat-buat lupa, mengada
Sengaja lupa, tabiat durja
Dipaksa lupa, sesak dada
Tidak ingat maksud lupa
Lupa diri amat berbahaya
Si pelakunya muslihat ada
Utamakan diri atas segala
Peminpin dan akar umbi
Jika akar umbi, lupa diri
Para peminpin bimbingi
Boleh selamat akar umbi
Pabila peminpin lupa diri
Tiada sapa akan bimbingi
Jika ditambah ego tinggi
Akar umbi bagai diludahi
Belum sepenggal berkuasa
MB berlagak besar kepala
Cara dirinya saja perguna
Citarasa DAP amat dijaga
Bagai si tanggang buatnya
Lupa diri buruk padahnya
Kuasa pengundi bertenaga
Adakah PRU 13 penamatnya
serling
[21.01.10]
khamis
…….
p/s:
UM:21.01.10:khamis:
“13 AJK P K R Kuala Selangor kecewa khalid ‘lupa diri’ “
“Khalid cabar ahli P K R keluar parti”
“MB hilang jawatan ketua bahagian”
Thursday, January 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment