Saturday, January 30, 2010

GODAAN JANJI ?

AIR TANGAN P R ?

PRU 12 bagaikan tsunami
BN gagal di Kelantan lagi
P R perkongsian tiga parti
P R dapat lima buah negeri

Kelantan kekal Pas kuasai
Nik aziz-menantu warnai
Gagal nik aziz menangani
Menantu lewatkan berhenti

Kedah pecah rekod sendiri
Pertama kali Pas menguasai
Formula kuota rumah diuari
Tentangan DAP kena akuri

Di Perak lagi hebat terjadi
MB boneka Pas makan hati
Kembali Perak BN kuasai
Akibat 3 orang lompat parti

Di P.P., DAP ketua menteri
P R negeri wajib mematuhi
Kg Buah Pala, menipu janji
Zahrain-PKR, KM tudingi

Di selangor, PKR kepalai
Khalid jadi MB kontroversi
Gerak lakunya tak senangi
YBK satu NGO nak dibuli

Pengajaran paparan kongsi
Sebahagian dari banyak lagi
Untuk rakyat nilai bijak undi
P R gagal perintah 5 negeri

Kerana percaya demokrasi
PRU 12 , P R hidung tinggi
PRU 13, Pahang nak miliki
Strategi naik semangat ahli

MP Inderamahkota berbunyi
Lepas Timbalan PKR negeri
Lantaran anwar utama kroni
P R Pahang bakal gigit jari

PRU 13 pasti akan ditemui
Silap terundi P R, insaf diri
Luputkan P R dari dijulangi
Tidak wajar P R dipercayai

serling
[30.01.10]
sabtu
…..
p/s:
UM:30.01.10:sabtu
“Guan Eng seorang diktator – Zahrin”
“Bagai isytihar perang terbuka terhadap DAP”
“Kerajaan negeri double standard”
“Menantu nik aziz lepas jawatan awal”

Friday, January 29, 2010

SAPA CERDIK ?

DAPAT SEJENGKAL,
HILANG SEDEPA ?

Beri sikit, kaut banyak
Agenda tersirat tegak
Hasrat DAP menapak
Tidakkah Pas Nampak

PKR sebagai jambatan
DAP dan Pas pisahkan
Bijak si anwar caturan
Ahli parti kena tipuan

Sebelum P R sepakat
Perkauman Pas kuat
UMNO dikata khianat
Dalam BN bukti lekat

Pas khianat melayu
Dipeluk DAP sepadu
Hala DAP umum tahu
Juang kaumnya dituju

Hanya inginkan kerusi
Boleh perintah negeri
Islam telah Pas ketepi
“Pas for all” kini ganti

Bukti terkecil perlihat
Arak di Selangor gugat
DAP berjaya niat dapat
Ahli DAP bersemangat

Hal arak, Pas mengalah
Banyak visi lain punah
Di IPT, Pas makin lemah
Demonstrasi ala gagah

Awasi DAP naik minyak
Sebelum Pas dilanyak
Ahli Pas patut guna hak
Jadikan PRU 13 penolak

serling
[30.01.10]
sabtu
…..

Wednesday, January 27, 2010

PILIHAN TEPAT ?

SEKAT, PECAT DAN DEBAT ?

Bagai kalimah ALLAH dialat
Penasihat PR ada muslihat
Undi bukan Islam terhasrat
Elak terlucut kerusi hangat

Sesama Islam anwar marahi
Bagai meludah kaum sendiri
Yang dulunya beliau agungi
Dalam capai hasrat peribadi

Oleh kerana beza pendapat
Zulkifli Nordin mahu disekat
Dari serang sama suku sakat
Arah kunci mulut diperketat

Besedia dipecat, kata zulkifli
Usah kalimah ALLAH kongsi
Lawan kata anwar merestui
Pada Khalid samad, dia anti

Tidak lupa anwar berdebat
Sabrey chik ternyata hebat
Jerat anwar tak menyengat
Patut lawan haron din buat

Anwar kena cerminkan diri
Ilmu Islamnya kurang tinggi
Suara haron din patut teliti
Dalam pertahan agama suci

Kekalkan DBP jadi tempat
Ikut debat dahulu format
Mufti jadi pengerusi tepat
Siar langsung, rakyat lihat

serling
[27.01.10]
rabu
…..
p/s:
UM:27.01.10:rabu:
“Rela dipecat”
“Zulkifli dirujuk kepada Lembaga Disiplin PKR”
“Bukan Islam boleh guna ALLAH”

Thursday, January 21, 2010

BILA LUPA DIRI ?

TANGGANG DIPUJA ?

Jika terlupa boleh terima
Buat-buat lupa, mengada
Sengaja lupa, tabiat durja
Dipaksa lupa, sesak dada

Tidak ingat maksud lupa
Lupa diri amat berbahaya
Si pelakunya muslihat ada
Utamakan diri atas segala

Peminpin dan akar umbi
Jika akar umbi, lupa diri
Para peminpin bimbingi
Boleh selamat akar umbi

Pabila peminpin lupa diri
Tiada sapa akan bimbingi
Jika ditambah ego tinggi
Akar umbi bagai diludahi

Belum sepenggal berkuasa
MB berlagak besar kepala
Cara dirinya saja perguna
Citarasa DAP amat dijaga

Bagai si tanggang buatnya
Lupa diri buruk padahnya
Kuasa pengundi bertenaga
Adakah PRU 13 penamatnya

serling
[21.01.10]
khamis
…….
p/s:
UM:21.01.10:khamis:
“13 AJK P K R Kuala Selangor kecewa khalid ‘lupa diri’ “
“Khalid cabar ahli P K R keluar parti”
“MB hilang jawatan ketua bahagian”

Sunday, January 17, 2010

'CAH KETING' ?

RESAM POLITIK ?

‘Cah keting’ dimana-mana
Luah nik aziz ada asasnya
Atau mungkin tekaan saja
Pabila tersayang tidak jaya

Alam kerjaya demikian jua
Terbaik jika kelayakan ada
Rakan sekerja akrab semua
Rasa hasad dan dengki tiada

Dalam parti guna demokrasi
Selindung disebalik majoriti
Cah keting bagai lumrah jadi
Pihak menang tepat strategi

Pengamal cah keting menafi
Konon depa amal demokrasi
Sesiapa boleh masuk tandingi
Mudah pula memenangi undi

Tukang cah keting kuat kerja
Hampir setiap peringkat ada
Cah keting amat mudah jaya
Jika payung atasan ikut serta

Naik ‘cah keting’ bergelora
Apatah lagi talian keluarga
Walau nafikan oleh mertua
Pemuda UMNO impaknya

Jika ikutkan amalan tradisi
Naik bertangga tahap tinggi
Lama tempoh, ramai kenali
Banyak pahit getir dialami

Bila berada tampuk tinggi
Sebarang masalah halangi
Laluan tangga arah kemudi
Tindaknya akarumbi yakini

Berulang kali hamba nyata
Kurang efisyen kita merasa
Lemah Pemuda kerna ketua
Kesan sokongan satupertiga

Jika UMNO ingin bertenaga
Cara ‘cah keting’ ulang guna
Mula mertua restu naib ketua
Silat lawan silat, baik jadinya

serling
[18.01.10]
isnin
…..
p/s:
MM:17.01.10:ahad:
“ 'Cah keting' dalam Pas”

Friday, January 15, 2010

SERAI WANGI, CACING & KELI ?

RAMAI YANG KENA ?

Serai wangi, cacing dan keli
Untung pelabur tidak terperi
Sedemikian digula sana-sini
Akhirnya ramai megigit jari

Penangan cacing punya kerja
Bagaikan cacing naik ke mata
Bukti banyak pelabur merana
Penganjur dan wang lesap jua

Kabarnya cacing harga tinggi
Ada berusaha pelihara sendiri
Kawasan rumah juga potensi
Masuk kursus sendiri biayai

Ternak keli ramai yang teruja
Hinggakan kanvas boleh guna
Bekalan anak keli peluang ada
Pasaran keli tak seindah dikata

Buat kempen amat menyakini
Konsep kongsi modal diminati
Ke poket penganjur wang beri
Pelabur tertipu, penganjur lari

Serai wangi pun dua kali lima
Konsultan jadi orang perantara
Benih dan nasihat penariknya
Penanam dan tuan tanah kena

Bersama kita muhasabah diri
Terlampau yakin kepada janji
Muslihat udang di sebalik mi
Pihak penganjur untuk miliki

Serai, cacing dan keli diguna
Pas, P K R dan DAP umpama
Janji depa buat pengundi caya
Janji BN dipelekehkan sahaja

Bangkitlah semua pengundi
P R memang pakat buat janji
Soal tunai janji, tidak peduli
Pengundi waras tidak yakini

serling
[15.01.10]
jumaat
…..

p/s:
UM:14.01.10:khamis:
“Pelaburan cacing: Empat lelaki ditahan”
“Pelabur, penternak skim KWA diminta bertemu Jumaat ini”

Monday, January 11, 2010

UGUT DAN PROMO ?

POLITIK UTAMA DIRI ?

Dua peristiwa P K R lalui
Pertama cara MB beraksi
Kedua kes liwat akan adili
Bagai hal individu prioriti

Dirikan kampus universiti
Jangka lima ribu manfaati
Seluas 1,642 ekar menanti
Di atas tanah milik sendiri

Hajat YBK Selangor murni
MB selangor perlu izin beri
Kata “Yes” MB sukar dapati
Bersyarat kalau benar ingini

MB Selangor utamakan diri
Mahu dirinya dilantik ketuai
Baru dibenar bina universiti
Kepentingan rakyat dilupai

Siaran Berita TV malam ini
Lapor pada SPRM hal jadi
Tindak BEBAS patut dipuji
Balas gaya ugut MB pameri

Lapor AgendaDaily terkini
Hal Kes liwat anwar hadapi
Juga situasi politik dihadapi
Adakan taklimat 19 Januari

NP kepada P K R maklumi
Di sebuah hotel jadi lokasi
Begitu anwar buat publisiti
Agar dirinya sentiasa ingati

Tidak berubah cara strategi
Sejak TunGhafar ditentangi
TunGhafar dilihat terkunci
Berjaya TPM beliau duduki

DS najib perdana menteri
Bukanlah suatu rahsia lagi
Tindak anwar menghalangi
Blog pro-anwar menolongi

Jika imbas yang undur diri
Kurang yang hebat kelilingi
Tinggallah yang sudi dititi
Hinggalah petunjuk yakini

P K R bawah 3A didengari
Salah satu sebab undur diri
SU agung baru telah dapati
YB P K R kelantan setujui

Konon ideanya bagus sekali
Sidang akhbar ruang dinanti
Hajatkan muka depan papari
Gaya akbar tabloid merestui

Jaya SatuMalaysia ditakuti
Berbagai karenah dendangi
Gagalkan visi Najib gagahi
Untuk mudah anwar jarumi

Kerana kita amal demokrasi
Fikiran terbuka wajib miliki
Cukuplah kalau ditunggangi
Khalid dan anwar tolak tepi

serling
[11.01.2010]
selasa
…..
AgendaDaily:11.01.2010:selasa;
“Ada ke patut”
“Wow .. ada taklimat khas”

Thursday, January 7, 2010

PILIH IKUT RASA ?

AKSI KITAR SEMULA ?

Anwar cetus lawak lagi
Bicara cara qasaf ingini
Tuduhan palsu dihadapi
Saiful dituduh khianati

Kes liwatnya lanjut kini
Berbagai helah dia aksi
Termasuk mohon bukti
Mahkamah sivil tunggui

Gelagat anwar meragui
Guna pelbagai strategi
Fokus mohon lepas diri
Bukti ada beliau geruni

Mahkamah syariah cayai
Demikian gambaran beri
Mahkamah sivil diragui
Alasan perlu empat saksi

Kalimah Allah kecoh kini
Anwarlah mulakan uari
Puak bukan Islam digulai
Gunasama Allah promosi

Mahkmah Syariah ketepi
Termaktub undang negeri
Sepatut dulu anwar bunyi
Tersilap mahkamah adili

Demi pentingkan sendiri
Memilih mahkamah aksi
Tidak ikhlas anwar sinari
Pilih ikut rasa dia warnai

Pelakuan liwat sembunyi
Dipastikan tak ada saksi
Bagai intim suami isteri
Cukup masa keluar bayi

Beralaskan tak ada saksi
Hujah qasaf anwar pragai
Memang gitu dia ketahui
Liwat bagai rancang teliti

Harap tuan-puan peringati
Tanggal 16.09.2008 diuari
Dia bakal perdana menteri
Nyata pembohongi terjadi

Jikalau lembu, pegang tali
Manusia pula pegang janji
Besamalah muhasabah diri
Pernah bohong, usah cayai

Langkah saiful amat yakini
Di masjid, sumpah bersaksi
Bersilat anwar elakkan diri
Badikah sumpah makan diri

Mukhtahir berita merakami
Bersebabkan prihal peribadi
SU Agung P K R undur diri
Tentulah ada turutan terjadi

Ikat penyokong tegar ingini
Demikian anwar berstrategi
Jawatan PM teramat ingini
Watakkan dirinya dikhianati

Cakap dan buat anwar awasi
Gerak buatnya selamat diri
Agar bicara kes liwat tak jadi
Seolah dia maksum dan suci

Sejarah tidak boleh bohongi
Ramai rapat anwar bawa diri
Dalam parti berstatus tinggi
Bukan separti ikut jauh diri

Bersamalah muhasabah diri
Sehingga bila sanggup dititi
Tindak anwar banyak ragui
Elakkanlah taksub membabi

Zahir pendapat untuk kongsi
Rasanya demokrasi dipatuhi
Kita manusia punya rasa hati
Bukan sebelah pihak boloti
serling
[08.01.10]
Jumaat
…..
p/s:
-SinarHarian:08.01.10:jumaat:
“Anwar seret Saiful ke mahkamah syariah”
(muka depan)
-UM:08.01.10:Jumaat:
“Anwar pohon perintah dakwa Mohd. Saiful menurut qazaf” (m.s:14)
“Setiausaha Agung P K R letak jawatan”
(m.s: 2)

Monday, January 4, 2010

TIKUS BAIKI LABU ?

PAS BERSILAT LAGI ?

Pas selaku sebuah parti
Uarkan pendirian rasmi
Terima kasih pada hadi
Tanggal 04.01.10 metri

Pas tahu bahana hadapi
Susunan ayat amat rapi
Demi jaga survival parti
‘Tidak” dan “Ya” selari

Larangan guna ungkapi
Takut kekeliruan terjadi
Umat Islam senang hati
Penyokong tegar dakapi

Para ‘larangan’ bela hati
Kontra kata sebelum ini
Kalimah ‘Allah’ gegari
Kristian guna tak sekati

Pelopor kepada izin beri
Nik aziz zahir ulang kali
Peminpin Pas ikut sekali
Di gereja, khalid zahiri

Khalid samad teguh diri
Ucapan di gereja diakui
Tiada ‘U-turn’ buat aksi
Survival politik dahului

Cakap anwar amat berani
Sensitiviti kita tak peduli
Lagak jaguhan demokrasi
Lawan arus atur strategi

Ungkapan agama samawi
Tak ramai yang mengerti
Kalimah ‘Allah’ difahami
Sokong gunasama perakui

Kontra ‘larangan’ diberi
Beri makna tidak halangi
Dalami agama mengerti
Pas dilihat berdiplomasi

Meneliti kenyataan rasmi
Jika dibaca semua sekali
Dua kumpulan disenangi
“Tidak” dan “Ya” diakui

Bolehkah parti Pas cayai
Kata “Ya” boleh promosi
Pada mereka, Pas sebelahi
Ada BLOG petik sebegini

Sendiwara Pas dedah lagi
Pada Melayu, Islam jagai
Bagai bukan Islam yakini
Terima Islam sepenuh hati

“Bersama Islam” dilupai
Pada Islam masih dijajai
Masjid dan surau, lokasi
“Pas for all” penarik undi

Dijadi ‘Allah’ kontroversi
Kepala kita mahu bebani
Fikir rakyat mahu dicuci
PRU12 , P R hanya janji

Dua sudut beza strategi
Lain tekan di lain lokasi
Pas mahu kekal diminati
Fikirlah sampai bila dititi

Tikus baiki labu warnai
Peminpin Pas silat lagi
Survival Pas hala ingini
Waraskan otak dimiliki

serling
[05.01.10]
selasa
…..

p/s;
- http://www.themalaysianinsider.com
“Pas backs used Allah by Christians”
-UM:05.01.10:selasa:
“KDN kemuka rayuan”
-UM:04.01.10:isnin:
“Jangan benarkan sama skali- Nik Aziz”

Friday, January 1, 2010

' SURUH & TEGAH '

JUMAAT PERTAMA 2010 !

Tahun baru amat beretika
Bagai lari berganti acara
Jaga amanah baton terima
Dua belas bulan itu lama

Akhir tahun 2009 berlalu
Balik ke rumah ibubapaku
Kedua mereka ceria selalu
Terubat rasanya hati rindu

Kebetulan jumaat pertama
Khutbah 01.01.10 makna
‘suruh dan tegah’ bersama
Intipati khutbah amat kena

Suara khatib terang sekali
Umat Islam mesti mentaati
Semua orang tidak kecuali
‘suruh dan tegah’ berselari

Yang disuruh kena laksana
Tiada sebab untuk abainya
Moga bahgia seisi keluarga
Janji Allah balasan syurga

Semua ibubapa diperingati
Akan kewajipan Allah beri
Pendidikan anak hal mesti
Abai pendidikan, buruk jadi

Dadah dan buruklaku remaja
Anak-anak kita, sendiri jaga
Hal buang bayi disentuh juga
Ibubapa tidak boleh buat leka

Kewajipan ibubapa hal mesti
Salah besar biarkan apa jadi
Jika biar, sukar bentuk nanti
Usah pada orang tunding jari

Hanya sendiri betul belaka
Pihak lain bersalahan saja
Punca pecah kalangan kita
Muhasabah diri buat segera

Yang ditegah mesti hindari
Tak boleh buat sama sekali
Barulah hidup Allah berkati
Hidup masyarakat harmoni

Jika yang ditegah anak suka
Ibu bapa membiarkan sahaja
Diri ibu bapa salahnya punca
Jadikan anak calon ke neraka

Dikongsi khutbah tahun baru
Semua ummah wajib bersatu
‘suruh dan tegah’ cara sepadu
Hikmah perintah Allah tentu

Balik kampong amat makna
Adik dari Pekan pulang juga
Famili rumah Atas bersama
Langkah baik 2010 bermula

serling
[01.01.10]
jumaat
…..