HARGAI JASA MEREKA !
Sempena Hari Bapa tahun ini
Esok hari ahad 21.06.09 dirai
Sinonim si bapa adalah lelaki
Namun kurang ramai peduli
Hari Ibu ramai orang hayati
Hari sambutan lebih dirasai
Fitrahnya ibu lahirkan bayi
Si bapa pula pencari razeki
Ibu dan bapa sama hormati
Laluan hidup mereka kongsi
Ibu bapa ceria, anak syukuri
Bahagia keluarga jadi realiti
Kitaran hidup semenjak azali
Sampai masa ibu apa tersepi
Anak punya keluarga sendiri
Demikian kitaran mengulangi
Bagi si anak sudah berdikari
Ibu bapa tak sebumbung lagi
Samada dekat atau jauh lokasi
Kedua mereka wajib dipeduli
Jika ibu atau bapa menyendiri
Samada pisah hidup atau mati
Dalam hati, Allah saja ketahui
Dihadapan anak diceriakan diri
Ibu atau bapa tunggal dinamai
Andai dapat jodoh kahwin lagi
Tapi kekadang anak tak restui
Berstatus tunggal hingga mati
Bertuah jika keduanya ada lagi
Atau takdir seorang menyendiri
Hati orang tua usahlah disakiti
Doakan mereka hidup atau mati
Belum lambat memperbaiki diri
Tanggungjawab anak jadi mesti
Pada ibu dan bapa wajib peduli
Apapun hati mereka usah sakiti
Ingat gelagat kita, anak perhati
Jika ibu bapa kita tidak peduli
Teramat mudah anak kita jejaki
Muhasabahlah diri belum mati
Kepada anak yang ambil peduli
Ibu dan bapa baik sahaja layani
Nanti giliran kita demikian jadi
Setimpal balasan Allah menanti
serling
[20.06.09]
sabtu
……
Friday, June 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
mafhum nabi sudah sabda
ibu dan bapak adanya beza
begitu pun anak jangan lupa
kasih orangtua tiada umpama
bersama ramai makannya masa
ketua keluarga mesti berjumpa
lindungi anakisteri yang utama
jauh miskin bala dan bencana
adat berzaman dah muafakat
bapak menjauh kerah keringat
bawa balik rezeki yang berkat
dengan ibulah anak mendekat
begitu sedikitnya masa bermesra
disini nak sayang sana nak dijaga
hati mana tak sedih jiwa tak hiba
besarnya anak di belakang mata
hak anak dikasi hak isteri penuhi
juak duai pun keluarga sendiri
lebih tidak jangan kurang diberi
terpulang sianak menilaikan diri
…x
disini cinta disana pun sayang
minyak penuh anak ditatang
dapat gading tanduk dibuang
pada sudi dapat menumpang
haraplah tuan sudi menerima
ucapan "selamat hari bapa"
daripada anak yang tak punya
Anak soleh idaman ibu bapa
Famili sendiri sempurna jaga
Kasihkan ibu bapa luak tiada
Situasi serupa bila giliran kita
Post a Comment