Thursday, June 25, 2009

PR JADI PTR ?

HINGGA BILA MENGGUGAT !

PR ringkas pakatan rakyat
PR boleh jadi banyak ayat
Kini PR telah naik tingkat
PR jadi PTR nampak tepat

Mulai sekarang kena ingat
Antara P dan R ada T lekat
T itu tuan yang kuasa kuat
Sebut Pakatan Tuan Rakyat

Tidak rasmi pakatan dibuat
Komponen PR duduk pakat
Mereka namakan mesyuarat
Diputuskanlah kata sepakat

Bukti majlis pakat terdekat
Di bangunan Parlimen buat
Perpaduan idea hadi didebat
Jelas hadi kesepian tercegat

Angkuhnya, PR tunjuk kuat
Tentang hasrat hadi tersurat
Jaya anwar putuskan tersirat
Takutkan PR @ PTR gencat

Perihal DUN Perak, lain buat
Majoriti ADUN madah rakyat
Bubarkan DUN diuarkan giat
Hal perpaduan T saja sepakat

Doktrin baru PR @ PTR buat
Lupa hal ‘moral’ jangan ingat
ADUN Bt.Lanjan contoh tepat
Samakah juga dalam kes liwat

Begitulah anwar buat gelagat
Dalam hadapi kes kedua liwat
Berlagak si anwar, dialah kuat
Walau bukti juruskan dia lekat

Jika PR @ PTR benar sepakat
Bukan anwar ketua penasihat
Hadi presiden PAS yang tepat
PAS dahului wujud terhakikat

PAS ditarik hidung jelas lihat
Maruah presiden parti tersiat
Saranan bernasnya PTR sekat
Bukti T dalam PTR kuasa kuat

serling
[26.06.09]
jumaat
…..

No comments: