Sunday, June 14, 2009

BAIK BERPADA-PADA !

IKHTIBAR GERAK BAPA !

Sejarah tokoh kena bicara
Rahman Talib pun merasa
Harun Idris turut dibicara
Mokhtar Hashim pun juga

Mereka semua warga setia
Hormati mahkamah mulia
Tiada kerenah kena bicara
Hukuman diterima terbuka

Di K.L hadir Mohamad Ali
Nasib harun idris, dihakimi
Mokhtar hashim hebat lagi
Pertuduhan bunuh dihadapi

Fauzi orang kuat PKR kini
Rahman Talib bapa sayangi
Bapa bertawakkal dihakimi
Keputusan salah telah jatuhi

Anwar sahabat, Rahman bapa
Gerak laku bapa jauh berbeza
Lagak anwar penting diri saja
Mustahil fauzi tidak terasa apa

Patut fauzi berminda terbuka
Kepada si anwar kawan setia
Minta beliau henti sendiwara
Jangan buat bicara luar bicara

serling
[14.06.09]
ahad
….
p/s;
Sedikit rintitan sejarah tokoh-tokoh UMNO sejati yang pernah dibicarakan dan dijatuhkan hukuman – sejarah tidak menipu !

6 comments:

merandok said...

dikisahkan..

sejarahnya disitu tipu tidak
mahkamah pun tak gerak
putusan beri tidak ganjak
hormat hukum hakim segak

begitulah..

cerita sebelum hakim “dikasi”
dihina, dicaci dibuang negeri
sudi tak pinta ampun tak beri
tak ikut suruhan tun menteri

seadanya..

tak boleh dibanding pasak
sibeliung bukannya kapak
sama memotong lain tetak
buta mata jika ta’ nampak

BENGAH @ SERLING said...

Masalah generasi baru kini
Semua yang lama kata basi
Baik berpada-pada dihayati
Gerak ‘abnormal’ disangsi

Dalam hadapi bicara nanti
Gerak anwar luar biasa kini
Seolah dialah hakim sendiri
Aturan planet manakah ikuti

merandok said...

buat sipemutar fakta (utusan & co)..

begitunya tinta pandai tari
tulis ikut kehendak hati
bathil manapun tak pasti
kebenaran tak dipeduli

buat sipenghukum (di dalam & luar mahkamah)..

undang memang bernas
bukti dikongsi boleh balas
bukan reka harap belas
hak dituduh dapat jelas

buat sipenguasa..

sudah ikut perangai beruk
ikat tangan tumbuk rusuk
undang rimba pun tak teruk
buat yang betul jangan belok

merandok said...

Ta’ dapat beza mata dan batu
susah nak ubah yang ditentu
tiadanya molek suatu yang baru
masalah generasi lama dulu

dulunya hakim berdalik tidak
jelas hukum ta’ kan berpihak
polis kerja bukan menggertak
kanun dihormat semua berhak

kuasa dikejar harta pun meluru
ta’dapat curi semua nak ditipu
sibodoh ikut penyangak teraju
begitulah zaman putarnya laju

Waris Pahang said...

minta alamat email.
Email saya : warispahang@yahoo.com

merandok said...

indahnya madah kata dicipta
begitu lancar lidah berbicara
peduli apa dosa dan pahala
asal dapat apa yang dipinta

bila syaitan dah beraja dihati
kuasa diburu pangkat dicari
senangnya diri menabur caci
hak beri tak perlu dipenuhi

peri AG dan IGP sandiwara
buka buku dan kitab lama
belok ke sini belok ke sana
sifat munafik nampak mata