BATAL HASRAT ‘PERPADUAN’ !
Bagai kaca dihempas ke batu
Hasrat Hadi akhiri jadi buntu
DAP dan PKR faktor penentu
Dalam PR, PAS ibarat sepatu
Ungkapan ‘pakatan’ ikat diri
Suara di luar PAS lebih akui
Pukulan DAP-PKR tepat jadi
Juga nik aziz kerenah sendiri
Anwar, kit siang & karpal gitu
Terhadap BN dilebelkan seteru
Pada UMNO dimula hadi seru
UMNO teras BN, hadi peraku
Sepatut kita curiga dalam hati
LKY menjelajah banyak negeri
Bukan sekejap, tapi lapan hari
Gaya mafia memerhati dan kaji
Ketika hal perpaduan diperlagu
Pendapat LKY ditanyalah tentu
Pandangan negatif kata tak perlu
Suntikan agar PR lebih erat padu
Lawatan LKY perkuat ideologi
Di P.Pinang, DAP telah kuasai
Tanpa PR cita-cita hanya mimpi
Lawat ke Kelantan, PAS hargai
Impak negatif telah pun berlaku
Bagaikan PR, LKY tolong padu
Perpaduan parti dalam PR dituju
Kepada DAP, tersirat LKY bantu
Motif ngapa hasrat hadi dihalangi
Melalui PR rasa lebih untung lagi
PAS jadi MB Perak sejarah kini
Tanpa PR tentulah hanya mimpi
Andai UMNO dan PAS bersatu
DAP dan PKR akan disejukbeku
Status PAS kini semacam ratu
Hingga bila PAS umpama sepatu
serling
[23.06.09]
selasa
…..
p/s:
UM:23.06.09:selasa:
“BN tetap teguh – Najib”
“Nik Aziz mohon maaf kepada Nasharuddin”
“PAS tunduk kepada tekanan- Shafie”
Tuesday, June 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
luka yang dalam pedih terasa
tiada berkudis ada parutnya
nik aziz bermadah bijaksana
tak mahu yang muda terlupa
janda memali hidup merana
kes dibawa tak pernah bicara
tiada jelas maaf pun tak pinta
sekarang ni nak duduk semeja?
perpaduan melayu dijaja-jaja
utusan dan berita jadi juaknya
agenda “bangsa” tak pernah ada
bukan pun haji hadi punya idea
tiga tahun bukannya lama
nak tunggu penzalim dicela
masa kuasa buatlah apa saja
muka orang perangai kera
Cara Hadi ada tujuan
Anwar merapu girang
Pura mencari perpaduan
Ekor mata menipu orang
Sangka panas sampai kapetang
Kiranya hujan di tengah hari
Jangka perpaduan iklas datang
Rupanya tujuan memungkir diri
Kalau lah tidak kerana undi
Tidak pakatan meninggi angan
Kalau lah tidak kerana si Hadi
Tidak UMNO menghulur tangan
Berapa manis bernama nira
Simpan lama menjadi cuka
Apa jenis lebai suka berbicara
Memecah belah membawa celaka
Baik baik bermain saham
Naik deras jatoh menjunam
Cari cari melayu yang faham
Disitu banyak ulamak jahanam
Rasa hati meranduk mengulas
Sakit lagi menanggong dendam
Biar bulan juga beralas balas
Isu perpaduan takan terpendam
Makin tanya makin di soal.
Saperti tolol tok guru tuan.
Lain di cakap lain di bual.
Ta sama parti dan perpaduan.
Kalau ni dikatakan bijak bistari.
Sendiri meminta sendiri menolak.
Macam mana nak mimpin negeri.
Perpaduan melayu sentiasa di elak.
Bukan salah Utusan juga berita.
Semangat bangsa mahu di suara.
Pemimpin melayu ada yg berdusta.
Dalam Pas dan Umno boleh di kira.
Ungkapan akhir tuan mencela.
Seperti yahudi perejudis islam.
Masaalah bangsa bersama bela.
Politik melayu jangan mendendam.
Post a Comment