IMPAK BURUK TIGA PENJURU !
Dalam tanding tiga penjuru
Lebih ruang pilihan penentu
Pilih KP UMNO mac dahulu
Timbalan Presiden PAS gitu
Fokus kita undian terbanyak
Tertinggi diundi dialah layak
Diatas kerusi KP, KJ terletak
Sebegitu Nasharudin ditegak
Rumah sudah pahat berbunyi
Kata orang tua-tua kita warisi
Dalam kepimpinan organisasi
Bilangan tentang tak dipeduli
Imbau perjalanan KJ duduki
304 sokong dari 790 pengundi
Kurang 40 peratus menyukai
Lebih 60 peratus sebalik undi
Jangan nasharudin senang hati
480 sokong dari 1022 pengundi
Kurang 47 peratus yang setujui
Lebih 50 peratus tidak merestui
Wajah mereka kelihatan berseri
Kalau hamba sedemikian situasi
Teramatlah rasa terkilan di hati
Bilangan tidak sokong, majoriti
Untuk tentu siapa paling layak
Supaya dalam hati senang enak
Dua tertinggi undi kena diayak
Akan mantap terpilih tanpa syak
Ekoran ditegur ahli yang bertalu
UMNO merangka peraturan baru
Pilihan lebih telus ahlinya mahu
Pemikir UMNO dan lain penentu
serling
[08.06.09]
isnin
….
p/s:
Saranan khas bagi pos yang memerlukan pemenang tunggal saja.
Sunday, June 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment