Monday, June 29, 2009

PTR MAJU SETAPAK !

USAHA GIGIH CELARU RAKYAT !

Sebegitu PR @ PTR gaya
Lembut gigi masa minta
Bila terhajat dapat sahja
Gigi taring keluar nyata

Tika masuk pilihanraya
Janji manis tabor merata
Luar biasa undian terima
YB PR kini hidup bergaya

Segala janji sengaja lupa
Empok kerusi YB terasa
Pengundi gigit jari sahja
Bilakah razeki jatuh riba

Tunaikan janji, sah tiada
PRK Penanti isyarat mula
Rusut undian amat nyata
Bijak anwar susupi duka

16.09.08 ingati bila-bila
Tarikh penipuan terbuka
Konon 31 YB BN derhaka
Hakiki BN menegak pula

Perpaduan, hadi bersuara
Hasrat murni, rakyat lega
Politik gaduh wajar direda
Tetapi nik aziz tidak suka

Kini BN dikata dan cerca
Gelaran tidak enak dikata
Bila ‘ulama’ celupar suara
Lagak permusuhan warna

Pada najib diserang pula
Pertemuan debat diminta
Pelekehkan najib ternyata
Kata takut debat terbuka

PTR maju setapak agenda
Kit Siang ikut bising pula
Cadang MCA debat sama
Atas isu PKZ konon bala

Hal pidato, PTR jadi juara
Si minda tertutup dimangsa
Bohong PTR mereka terima
DAP,PKR dan PAS segaya

Maju setapak memperkasa
Janjikan rakyat gagal kota
Kuat bersuara, gagal kerja
PR @ PTR patut nyah saja

serling
[30.06.09]
selasa
….

p/s:
BH:29.06.09:isnin:”Pas sebar fitnah tutup kelemahan”
UM:29.06.09:isnin:”Jangan layan Nik Aziz”
SinarHarian:29.06.09:”UMNO-Pas elok berbincang”

1 comment:

BENGAH @ SERLING said...

Seperti hamba kata dahulu

Fauzi orang kuat PKR tahu

Bapa dibicara penuh sahdu

Beza si anwar amat melulu


Kerenah si anwar luar biasa

Ahli PKR terkerah, pembela

Ceramah konon kena anaya

Hingga bila anwar sendiwara