MOGA ALLAH BERI PETUNJUK !
Sejarah sejak di universiti
UM tempat memulakan aksi
Diheboh tragis insan mati
Kebuluran di Baling, uari
Hebat pidato, ramai ngaga
Imej Islam jati kelek sama
PKPIM terlihat diperguna
Berjaya ABIM dapat bina
Yayasan Anda jaya bentuk
Air tangan beliau menusuk
Promo diri kagumi tenguk
Dilihat minati rata pelusuk
Dalam negara, hebat rasai
Ke pentas dunia dijelajahi
Dalam WAMY ikut dikenali
Banyak terpukau sana sini
Elok dicatat persilatannya
Gagal kuasai 4B sedia ada
Tuah peraturan halanginya
ABIM jadi pelonjak utama
Atas ketokohan kita tenguk
UMNO dan PAS mahu peluk
Pada UMNO beliau angguk
Terkilan parti PAS terduduk
Dulu TunM,beliau junjungi
Taburan setiakawan jaringi
Gugur TunGhafar tandingi
Timbalan PM jaya perolehi
Hanya selangkah jadi nyata
Hebohlah oleh PAS merata
Mat sabu dan lain2 menjaja
Gelaran ‘aljuburi’ terbiasa
TunM pun tak sedap duduk
Siasat segala seluk-beluk
Digugur dari kerusi empuk
Mantan TPM marah becuk
Di mahkamah beliau diadili
Pertuduhan liwat sukar bukti
Kes salahguna kuasa hadapi
Di Sg Buluh hukuman jalani
Apabila larangan tamat masa
PRK Pematang Pauh laksana
Redha isteri buat suami setia
Kini penasihat PR bertakhta
Belum lenyap ingatan buruk
Kes kedua serupa menjenguk
Kabarnya Julai nanti tenguk
Semoga Allah beri petunjuk
serling
[11.06.09]
khamis
…..
p/s:
Rakaman puisi menjelang perbicaraan kes liwat kedua bulan Julai 2009 nanti – Keadilan buat Saiful dan Anwar.
Wednesday, June 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Macam bicara luar bicara
Begitulah si anwar peraga
Bukti ingin tengok belaka
Salah atau tidak nilaian dia
Pelek si anwar buat begitu
Jika kaedah anwar disetuju
Hakim hanya tunggul batu
Kehendak tertuduh peraku
p/s:
UM:11.06.09:jumaat:
"Anwar mohon dibekal dokumen, barang kes liwat"
Salam Bengah,
saya mohon dihubungi di alamat email: braveheartblogger@ymail.com saya akan berikan no Ph untuk kita berhubung kemudian. Dalam waktu sangat dekat pertemuan blogger pahang akan diadakan dan saya rasa sangatv perlu tuan turut serta, sekali lagi sila hubungi saya, saya tidak dapat berikan no Ph saya disini kerana sebab tertentu. Terima kasih ~ bERANIKAN hATI
Post a Comment