Tuesday, June 16, 2009

FANTASI DAN REALITI ?

AKSI AHLI & TOKOH PARTI !

Taksubkan parti dihasrat
Pelincir peminpin peralat
Kata peminpin telan bulat
Caya kat depa walau sesat

Puak begini mudah kenali
Simbol parti junjung tinggi
Tercelek akal insaf tak jadi
Slogan parti mengikat diri

Buat pamer semangat kuat
Simbol parti serata tempat
Di rumah dan kereta lekat
Bahkan di kopiah terdapat

Kalau jumpa insan begini
Yakin pimpinan parti suci
Kata tokoh bak hadis nabi
Tiada curiga walau seinci

Pesan buat belum terjerat
Hati-hati perangkap pikat
Lunak dan manis perlihat
Mangsa jerat ibarat diikat

Jika terjerat nak lepas diri
Muhasabahlah dan berani
Janji syurga mainan parti
Ketentuan Allah saja pasti

Puncak lakunan YB sesat
Lagak budak tak beradat
Nizar gedebee buat tabiat
Semasa di Dewan Rakyat

Jikalau ahli minda dikunci
Nizar dan rakannya dipuji
Konon berani berbuat aksi
Realiti ADUN PR minoriti

1948 -1960 dalam darurat
Angkara komunis keparat
Tapi tokoh PR bermuslihat
Memuja Cheng Peng pakat

serling
[16.06.09]
selasa

p/s:
UM:16.06.09:selasa:”Nizar buat kecoh di Parlimen”
BH:16.06.09:selasa:”Nizar, 6 wakil pembangkang digantung”

2 comments:

WARIS PAHANG said...

Koleksi Puisi Serling, minta alamat email.

Email saya : warispahang@yahoo.com

BENGAH @ SERLING said...

Nizar macam anwar berpekerti
Tidak bertempat tunjuk berani
Kini mahu sebelas hakim adili
Kuasa Sultan sengaja disangsi

Buat nizar dan sealiran tujuan
Hingga bilakah buat kekecohan
Hentikan gaya dirasuk cocokan
Buruk benor memusuhi Sultan