JAUHI TERPALIT BADI !
Dalam DUN negeri johor
Sultan Johor dah menegur
Jambatan Ketiga terkabur
Hasrat bina patut dikubur
Dititahkan tika titah rasmi
Pesanan ayahanda dizahiri
Melalui TM Johor sendiri
Hal kontroversi kena henti
Bersumber berita singapura
Tika lawatan najib ke sana
Diuarkan berita dua negara
Bagaikan tunggu masa bina
Silap pak lah jangan ulangi
Jambatan bengkok tak jadi
Konon rakyat johor tak sudi
Karenah singapuralah takuti
Gunapakai kata pak lah guna
Pabila Sultan sendiri luahkata
Jambatan ketiga jangan bina
Yang bengkuk hidup semula
Mungkin najib berniat murni
TunM dan pak lah sama jagai
Jambatan ketiga jadikan seri
Dua mantan PM sama kasihi
Hal ninda baginda ditipu juga
Ibarat membuka pekong dada
Baginda mahu rakyat terbela
Tidak mahu tertipu kali kedua
Jambatan ketiga hentikan sini
Menghadap Sultan hal mesti
Silap persepsi mohon ampuni
Gelagat si nizar usah fotokopi
Ibu najib asal dari negeri johor
Mahu anak macam bapa sohor
Elak terpukau singapura tabur
Ikhtibar pak lah bergear undur
serling
[21.06.09]
ahad
…..
Saturday, June 20, 2009
BAHANA JAMBATAN !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
amanah rakyat diremehkan
kuasa janji tak diendahkan
pulau ada dah digadaikan
garis laut nak dianjakkan
chinpeng musuh dah nyata
tidak diragu nampak mata
status LKY mesti ditanya
hak negara dirompak disita
yang satu ditahan dicerca
yang satu disambut dipuja
apa Najib & Co. punya gila
munafik dasar mata buta
Salam Sahabat,
Pertemuan blogger Pahang telah berlalu. Pertemuan ke2 akan menyusul dalam bentuk kursus / seminar 2h1m ~ masa dan tempat akan diberitahu kelak. Program wacana akan diadakan dalam masa yg sangat dekat. Atas sesuatu sebab saya tak dapat maklumkan disini. Jika berminat utk mengetahuinya dan menyertainya sila email saya segera ke braveheartblogger@ymail.com
Post a Comment