Saturday, March 21, 2009

TUKUL BESI !

MUDAH URUSKAN PARTI ?

Mudahnya menguruskan parti
Anwar menentukan nasib ahli
Si Fairus telah diarah berhenti
Timbalan KM 1 dikosong kini

Hingga 8 April, kata KM lagi
Bebeza berita TV sebelum ini
Maklum Fairuz hanya bercuti
Letak jawatan tidak dibayangi

Kata pengerusi PKR maklumi
Peliknya Fairus diluar negeri
Hantar surat melalui faksimili
Ngapa tak hantar serah sendiri

Tiada Lembaga Disiplin parti
Seperti yang UMNO memiliki
Bebas anwar ikut citarasa hati
Bagai PKR milik harta peribadi

Hanya kekal ADUN di Penanti
Jelas anwar dan fairus tak selari
Salah apakah telah fairus warnai
Buatkan anwar hayun tukul besi

Fairus akan sambung belajar lagi
Dari mulut pengerusi PKR negeri
Inilah cara PKR tutup lemah parti
Cara Datuk Zahrin buat teka teki

Orang muda PKR, Fairus wakili
Bagai mereka mahu dikongkongi
Lupa mereka PKR, anwar miliki
Apa kata anwar itulah kata parti

Jika punya kesalahan dilanggari
Dimana “keadilan” slogan parti
Adakah hanya menipu pengundi
Hakikatnya anwar berkuku besi

serling
[21.03.09]
sabtu
p/s:
BERNAMA:21 Mac, 2009 14:04 PM;SABTU:
“Fairus Letak Jawatan Sebagai Timbalan Ketua Menteri”


PULAU PINANG, 21 Mac (Bernama) -- Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin hari ini menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 dan juga EXCO kerajaan negeri kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Lim mengesahkan bahawa beliau menerima surat peletakan jawatan itu yang berkuatkuasa 8 April daripada Fairus melalui faksimili awal pagi ini.

"Kita menerima peletakan jawatan itu setelah mengadakan perbincangan dengan Pemimpin Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengerusi Jawatankuasa Perhubungan PKR negeri Datuk Zahrain Mohamed Hashim," kata Lim kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, Lim yang juga setiausaha agung DAP enggan mengulas mengenai sebab-sebab peletakan jawatan Fairus.

Beliau berkata kerajaan negeri menerima peletakan jawatan Fairus sebagai EXCO kerajaan negeri iaitu sebagai pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Pembangunan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat.

"Saya percaya Fairus ada sebab sendiri untuk meletak jawatan tetapi beliau masih kekal dengan PKR dan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti," kata beliau.

Ditanya siapa yang sesuai untuk mengganti Fairus, Lim berkata: " kedudukan itu pada kini kosong sehingga 8 April sebelum surat peletakan jawatan itu berkuatkuasa", katanya.

Beliau berkata Fairus akan menghabiskan semua cuti tahunan sehingga 8 April sebelum peletakan jawatan itu berkuatkuasa.

Sebelum ini, ada spekulasi bahawa Fairus akan mengosongkan jawatannya Khamis lepas tetapi pemimpin parti mengatakan ia hanya khabar angin.

Semalam, Lim juga memberikan penjelasan dengan mengatakan bahawa Fairus bercuti pada minggu ini dan akan kembali bertugas Isnin ini melainkan beliau menyambung cutinya.

1 comment:

BENGAH @ SERLING said...

Kini dengan angkuh anwar kata
Tuduh UMNO/BN angkuh gaya
Lagak anwar angkuh hakikatnya
Berlagak pandai uruskan segala

Diteliti cara anwar uruskan parti
Macam Amerika laksana operasi
Dilebelkan musuhnya sesuka hati
Konon setiap katanya nilai tinggi

Janganlah si anwar buat-buat lupa
Tanggal 16.09.2008 kelentong saja
Cukuplah penyokongnya terpedaya
Kelemahan PKR cuba disusupinya

p/s:
SinarHarian:22.03.09:ahad
:”UMNO,BN kerajaan angkuh: Anwar”