TUBA SALUT MADU !
Catatan sejarah wajib tahu
Hari 16.09.08 diuar dahulu
Ego anwar nampak dipacu
PM Mat Jenin sah berlaku
Setahun telah pun berlalu
PR mengganti BA dahulu
Bodi lama dijenama baru
Janji enak, rakyat tertipu
Begitulah muka tak malu
Islam diguna tipu melayu
Tertipu melayu buta kayu
Ahli PAS tegar tetap padu
PKR diketuai oleh melayu
Tapi perjuangan bercelaru
Perjuangan Hindraf dialu
Menjaga hati rakan hindu
DAP memanglah begitu
PAP singapura tuan guru
Kata DAP di Johor Bahru
Tuduh apartheid berlaku
Semacam gaya PR sebulu
Demi kuasa sanggup tipu
Laksana janji tak mampu
Rakyat sengaja PR keliru
Sejak lepas PRU 12 dulu
PR @ BA senyum selalu
5 negeri, BN hilang kuku
Kini negeri PR tolak satu
Ketika janji rakyat tunggu
Di Perak gerak PR merapu
Derhaka pada raja sepadu
Kini minoriti, tidak ngaku
Titah Sultan Selangor jitu
Impak perpecahan melayu
Tetapi puak PR diam bisu
Bijak dalangnya memacu
serling
[13.03.09]
jumaat
…...
Thursday, March 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
CUKUPLAH !
Cerita sebegini banyak versi
Perihal si kentut dalam teksi
Ditanya sapa lepas angin tadi
Semua penumpang diam diri
Bila teksi sampai ke distinasi
Mana si ketut tak bayar lagi ?
Selamba tanya si driver teksi
Sudah bayar! si kentut bunyi
Contohilah cara driver teksi
Ahli tegar PR wajar selidiki
Dolak-dalik pucuk disangsi
Cukuplah tipuan selama ini
serling
[14.03.09]
sabtu
…..
Post a Comment