SAPA WAKILI N25, P059 & N29 ?
Limabelas, tiga dan dua
Bilangan calon mencuba
PRK jalan serentak tiga
Demokrasi di negara kita
Di B.Selambau limabelas
Tiga di B.Gantang galas
Dua di Batang Air jelas
Para pengundi usah culas
Undian tangan pengundi
Rayu calon patut dengari
Beza cakap-bikin hindari
Setiap undian amat hargai
Dua DUN, PKR tandingi
Di Parlimen, PAS wakili
Agihan kerusi PR setujui
Fokus PR semua menangi
BN punya formula sendiri
B.Gantang UMNO wakili
Di B.Selambau MIC akuri
PRS di Batang Air tandingi
BN dan PR seri gerakbalas
Bila berikan maklumbalas
BN dan PR tak mahu tewas
Pemenang bagai cepuemas
Seperti pernah hamba kata
Ketika PRK KT buka mata
Strategi tepat bawa bahagia
Salah caturan undang duka
serling
[30.03.09]
isnin
….
UM:30.03.09:isnin:
“Calon BN dijangka hadapi saingan sengit pada tiga pilihan raya kecil”
Monday, March 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
B.Selambau dan B.Gantang
Dahulu keduanya PR pegang
Batang Air pula BN menang
Kini dibuka buat sapa julang
PRK di Kuala Terengganu
BN bagaikan kena sembilu
Di tiga PRK wajarlah padu
Menang semua amat perlu
Formula BN ingin menang
Calon lawan kena tentang
Strategi tepat tidak senang
Sesaat leka jurus tumbang
Post a Comment