Tuesday, March 10, 2009

HATI KERESAHAN !

KEADILAN DINOBATKAN !

Tanggal 01.07.2009 ditetapkan
Kali kedua anwar dibicarakan
Kes liwat pertamanya lepaskan
Moga kali ini sebalik keputusan

Sebagai rakyat biasa perhatikan
Kerenah si anwar luar kebiasaan
Segala peluang ada pergunakan
Bicara kes sengaja dilambatkan

Kenapa anwar dalam ketakutan
Jika tidak bersalah usah risaukan
Pasukan peguambela dilantikan
Kata “konspirasi” dulu elakkan

Harap Saiful Bukhari tabahkan
Imam saksi sumpah ikhtibarkan
Saksi dalam masjid permainkan
Kepada anwar, dia merapatkan

Ketentuan Allah, kita nantikan
Keberanian Saiful melaporkan
Sumpah Saiful, anwar sendakan
Sapa salah di hatinya keresahan

serling
[11.03.09]
rabu
…..
p/s:
BERNAMA:10 Mac, 2009 14:55 PM
“Perbicaraan Kes Liwat Anwar Pada 1 Hingga 24 Julai”


KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 1 hingga 24 Julai sebagai tarikh perbicaraan dakwaan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perbicaaan kes itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Hakim Mohamad Zabidin menetapkan tarikh itu selepas kes berkenaan secara rasminya dipindahkan dari Mahkamah Sesyen hari ini walaupun mendapat bantahan daripada peguam utama Anwar, Sulaiman Abdullah.

Sulaiman berhujah bahawa sijil pemindahan kes itu sepatutnya dikemukakan kepada Hakim Mahkamah Sesyen S. M. Komathy Suppiah memandangkan perkara itu pada asalnya didengar oleh beliau.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden memberitahu mahkamah bahawa Komathy sedang bercuti dan mana-mana mahkamah rendah boleh mendengar perkara berkenaan.

Hakim Mahkamah Sesyen Rozana Ali Yusoff bersetuju dengan Mohamed Yusof dan memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi.

Di Mahkamah Tinggi, dakwaan terhadap Anwar dibacakan sekali lagi dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu memohon dibicarakan berhubung tuduhan itu.

Anwar, 61, menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun lepas.

Mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, ketua pembangkang itu boleh dipenjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah.

Sulaiman memohon kepada mahkamah memerintahkan pihak pendakwaan untuk membekalkan semua dokumen berkaitan bagi persediaan pihak pembelaan.

Beliau menegaskan bahawa pihak pembelaan memerlukan laporan DNA bagi mendapatkan pandangan pakar luar negara.

Hakim Mohamad Zabidin mengingatkan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan bahawa beliau memberikan keutamaan terhadap kes itu.

"Saya memberi tempoh dua bulan bagi kedua-dua pihak untuk membuat persiapan bagi perbicaraan dan pada masa itu rayuan mungkin boleh didengar," katanya.

Pada 5 Mac, beliau membenarkan permohonan pendakwaan untuk memindahkan perbicaraan kes itu dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Dalam penghakimannya, Hakim Mohamad Zabidin berkata

Komathy telah terkhilaf dalam memutuskan bahawa sijil pemindahan yang ditandatangani Peguam Negara Abdul Gani Patail sebagai tidak sah.

Pada 7 Nov tahun lepas, Komathy memutuskan bahawa kes itu menimbulkan satu situasi unik di mana adalah jelas bahawa sebarang penglibatan Peguam Negara dalam kes ini akan memburukkan lagi keyakinan rakyat terhadap pentadbiran kehakiman jenayah.

Pada Jumaat lepas, peguam Anwar memfailkan rayuan terhadap keputusan Mohamad Zabidin di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Ketika ditemui pemberita kemudian, Anwar berkata beliau mengharapkan perbicaraan yang adil walaupun berasa sangsi dengan kebebasan badan kehakiman.

"Saya lantang menyuarakan isu tata perilaku hakim dan saya kini berhadapan dengan mereka," katanya.

Memandangkan perbicaraan kes itu akan hanya didengar pada Julai, beliau akan memberi tumpuan kepada tiga pilihan raya kecil iaitu kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri masing-masing Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai di Sarawak.

Pada perbicaraan hari ini, Anwar diiringi isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Penerangan PKR Tian Chua.

-- BERNAMA

2 comments:

karipole said...

Soheh pakcik ni tua dah sebab rajin dok tulih syair pantun ni. Orang la ni pakcik depa main buah ujung saja, hentam terus, tak dak main bunga-bunga dah.

BENGAH @ SERLING said...

Terima kasih karipole berkata
Puisi @ pantun milik bersama
Sesiapa yang mampu perguna
Agar pandangan kita bermakna