BEGITULAH REALITI ?
(IKHTIBAR BUAT SEMUA)
KABINET BARU TELAH MAKLUMI
DSN SELAKU PERDANA MENTERI
ZAHID HAMIDI TPM KITA TERKINI
TAPAK TSMY BELIAU MENDUDUKI
MENCETUSKAN BANYAK PERSEPSI
MEREKA HAMPIR SERUPA LALUI
PERNAH NOMBOR SATU NEGERI
TSMY DI JOHOR MENGEPALAI
DSN DI PAHANG MENGEMUDI
KEDUA-DUANYA JADI MENTERI
JUGA TPM PULA RASA DUDUKI
DSN JAWAT PERDANA MENTERI
TAHAP TPM TSMY DIBERHENTI
MACAM PERLUMBAAN BERLARI
TAPAK BERMULA SAMA MULAI
TAPI MASA PENAMAT TAK PASTI
DI DEPAN PENONTON BERSAKSI
ZAMAN TUN M BANYAK LAKARI
MUSA HITAM MACAM TSMY JADI
SI ANWAR IBRAHIM PUN SEPERTI
GHAFFAR BABA PUN MENGALAMI
SEMACAM TUN M PERNAH AKSI
DSN BARU BERBUAT SATU KALI
PEMINAT TSMY USAH LUKA HATI
JIKA MEROYAN ROSAKKAN DIRI
RUMAH SUDAH PAHAT BERBUNYI
NAMPAKNYA TERPAKSA ANALOGI
JIKA BERETIKA TPM TSMY BERAKSI
JADI PM INSYAALLAH JURUS DEKATI
SAPA PUNASIHAT TSMY PERCAYAI
APAKAH NASIHAT SELEPAS BEGINI
BAGAIKAN HANYA MENGIGIT GIGI
BUAT IKHTIBAR SEMUA AHLI PARTI
Serling
28.07.2015
(selasa)
.....
No comments:
Post a Comment