Wednesday, October 10, 2012

BUKU UMPAN ?


TABUR  UMPAN ?
JANJI TINGGAL JANJI ?

Tujuan utama pujuk pengundi
Hati pengundi mahu ditawani
Ibarat ikan, pengundi dirapati
Pakatan Rakyat bijak melakoni

DAP, PKR dan Pas pekemas diri
Penyokong tegar , mereka jagai
Konon jati diri pemimpin parti
Tetap pegang matlamat juangi

Jika pakatan rakyat raih majoriti
Dalam PRU 13 yang pasti temui
Paling lewat tahun depan terjadi
Buku jingga  asas manifesto jajai

Belum pun PRU 13 bersama lalui
Buku Umpan bukan jingga tepati
Sebagaimana MB selangor  zahiri
Manifesto dakwanya bukan janji

Pakatan Rakyat bagai joran aksi
Tiada keperluan untuk integriti
Telan umpan, merana pengundi
Kilauan umpan tujuan meracuni

Lihatlah negeri  pakatan kuasai
Majoriti janji belum pun realiti
Berbagai alasan apabila ungkiti
Jelaslah janji tipu para pengundi

Jelajah pencacai merata negeri
Dicirikan lembut lidah dari gigi
Tagih sokongan para pengundi
Tawan Putrajaya  syarat penuhi

Jika kerajaan pusat depa kuasai
Segala janji ‘Buku Umpan’ akuri
Demikianlah pakatan menaburi
Dijaja  anwar, perdana menteri

Anwar, hakikatnya Allah ketahui
Gambarkan diri maksum dan suci
Dibicarakan, konon dia dianiayai
Hingga bila, akal kancil menjadi

Najib sebagai PM sekarang kini
Difitnah untuk capai agenda diri
Siapa si dalang bukan rahsia lagi
Supaya Najib disungkur ke bumi

Jika majoriti rakyat masih yakini
Najib kekal sebagai PM dikasihi
Tetapi bukan ‘perahu tak bertali’
Dihanyutkan arus, sukar temui

Kepimpinan Najib masih ingini
Hinggalah beliau berundur diri
Seperti Tun M dan Pak Lah aksi
Utamakan ummah serta parti

Selamat Malaysia yang dicintai
Seruan TIBAI wajiblah sokongi
Moga  Allah terus memayungi
Agama, bangsa dan Negara ini

Serling
[10.10.12]
Rabu
…..

1 comment:

Unknown said...

Salam Kenal, follow blog anda.
Puisi yang indah, banyak nasihat berguna. terskan menyintai seni. Semoga satu hari nanti kita dapat bertukar idea seni ini.
~ Aram | Ilham Minda