Friday, June 15, 2012

CAKAP IKUT SUKA ?

CAKAP IKUT SUKA ?
BILA PAS TAK MENENTU ?

Mat sabu promosi mat indera
Dikatakan pejuang merdeka
Pas dan pembangkang sekata
Bersetuju apa mat sabu kata

Kini nizar buat sultan murka
Di DUN Johor rakam perkara
Kesedihan Sultan tidak terkira
Bidaan www 1, baginda jaya

Berkokok nizar membabi-buta
Bawa makna sultan tidak peka
Dalam Twitternya rakam ada
Sokong oleh penyokong setia

Hanya puak minoriti bersama
Majoriti rakyat berang belaka
Hanya satu pilhan nizar punya
Mohon kemaafan dari baginda                                                                                                                     

Tidak ikhlas nizar pamer gaya                     
Tuduh akhbar UM dan TVtiga
Konon putar-belit apa dikata
Si nizar dan mat sabu serupa

Nak tunjuk hebat, depa berdua
Para penyokong tidak terkata
Bagai otak sudah ‘jam’ belaka
Busuk kata wangi pun pecaya

‘Haji’ Rukun Islam  ada nyata
Tapi bila Tuan Ibrahim bersuara
Tangguh Haji demi pilihanraya
Semua pimpinan Pas setuju saja

Senario di atas wakili hari muka
Selaku pembangkang pelek gaya
Tafsir Hukum Allah begitu rupa
Matlamat capai kuasa terutama

Pas berangan ganti UMNO jaja
Jauh panggang daripada api ada
Jika keja buat Pas jadi penanda
Lihatlah di negeri dikuasai depa

Di Kedah, satu DAP bila suara
MB Pas Kedah  kena akur saja
Di Pulau Pinang, Pas putih mata
DAP tidak beri jaga hal Agama

Hal di Selangor, dua kali lima
Selepas Hasan Ali tiada kuasa
PKR ambilalih bidang Agama
MB PKR pula kuasai di sana

Di Kelantan,gimik pilihanraya
Derma rakyat, nik aziz besuara
Tentulah ‘pahala’ ganjaran ada
Sebagai  usaha bina lebuh raya

Rakyat Kelantan bagai didera
Patut kerajaan Pas bijak usaha
Dalam kocek rakyat usah raba
Hal air bersih pun hantui juga

Masih boleh cayakah Pas kata
Gantikan peranan UMNO jaja
Pas mengalah dan lemah saja
Kepada UMNO dan BN caya

serling
[15.06.2012]
jumaat
…….

p/s:
UM:15.06.12:Jumaat;
“Sultan Johor murka terhadap Nizar”
“Nizar salahkan media”
“Setuju ahli Pas tangguh haji”
-Nik Aziz dakwa hukum kerja haji boleh dilonggarkan
“Bukti Pas lebih utamakan politik”

No comments: