BERANI, SILAP dan PANAU ?
Muka depan UM hari ini
Luar biasa nik aziz zahiri
Pada anwar saranan beri
Isu laporan WSJ berpaksi
Demikian hikmah terjadi
Dulu bela anwar butatuli
Sesumpah anwar kesani
Pamer sendiwara terkini
Nik abduh tunjuk berani
Pada karpal dia sanggahi
Hal 'hari kekasih' gegari
Agama semesti junjungi
Chandra pula silap parti
Gelagat si anwar pameri
Jadi ahli PKR persia diri
Syukurlah sedar kembali
Chandra tidak sorang diri
Ramai ahli PKR menjauhi
Yang status YB ikut sertai
PKR merudum hal hakiki
Panau dalam Pas gemburi
Tepat 'panau' jadi analogi
Cantik tika berkenan hati
Huduh bila sengketa lalui
Lumrah dalam demokrasi
Berani,silap, panau temui
UMNO/BN tidak dikecuali
Senget parti salah kemudi
Ikhtibar Pas dan PKR lalui
Juga sebelum najib terajui
PRU 13 terpenting sekali
Menang sorak usah dicari
Silap pak lah usah ulangi
Kata penasihat usah akuri
Walau yang teramat dekati
Jangan cepat syok sendiri
Sejarah lawan ustaz ramli
Tika menang ratusan undi
Terlalu yakin jentera parti
Harap najib pahat di hati
Sepatut bermuhasabah diri
Anggota parti tidak kecuali
Cakap serupa buat menjadi
Menang UMNO/BN ditujui
Serling
(14.02.2012)
Selasa
.....
P/S:
-UM:14.02.12:selasa:
"Nik Aziz desak Anwar"
-UM:13.02.12:isnin:
"Nik Abduh selar Karpal"
-MM:12.02.12:ahad:
"Chandra akui silap sertai Parti Keadilan"
"Membuang panau di tubuh Pas"
Tuesday, February 14, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Diriku memang luar biasa,
Kerana suka perkara pelik,
Hobiku membontoti lelaki sasa,
Jangan pulak engkau jelik.
Post a Comment