Friday, September 30, 2011

TEWAS LAGI ?

LAIN KATA LAIN JADI ?

Sudah terang bersuluh lagi
Pakatan rakyat sapa kuasai
Tapi masih ada tidak peduli
Anggota parti dibuai mimpi

Kesepakatan tiga buah parti
DAP, PKR dan Pas dimetri
PRU12 terbaik dapat kerusi
Tsunami politik telah lakari

Sejak PRU12 hingga terkini
Banyak peristiwa dirakami
Imej pakatan merosot jadi
Namun pakatan tetap nafi

Komponen pakatan dicalari
Setiap parti masalah sendiri
Juga berbeza nada dizahiri
Tidur sebantal beza mimpi

Di antara komponen parti
Parti Pas bangaikan dibuli
Kehendak DAP dijunjungi
PKR umpama lalang aksi

Isu hukum HUDUD gegari
Bila nik aziz mengulangi
Mulanya anwar menyokongi
Segera karpal singh sergahi

Sokongan anwar, peribadi
Nada anwar pertahan diri
Bantahan DAP bertubi-tubi
Konsisten pendirian ulangi

Kemuncak kekecuhan jadi
Arah “tutup mulut” diberi
Disuarakan mustapha ali
Tanggal 29.09.11 tunggui

Seperti persepsi awal lagi
Sendiwara pakatan lakoni
Dalam jaga kesetiaan ahli
Anggota parti tegar akuri

Kehendak Pas telah kuburi
DAP pandai kata ungkapi
Kerjuangan Pas dihormati
Hakikat hajat Pas halangi

Hormat bukan hanya bibiri
Yang perlu patut persetujui
Barulah pakatan sama hati
Begitulah Pas utama kerusi

Persoalan yang dimusyikiri
Ngapa nik aziz tidak hadiri
Beliaulah hangatkan kembali
Adakah beliau disisih nanti

Alasan DAP dan anwar beri
Buku jingga tidak menzahiri
Perlembangaan negara akuri
Tewas Pas 2 – 1 merakami

Jika Perlembagaan junjungi
Peluang Imej Pas diperbaiki
Atas Perlembagaan termetri
Hak keistimewaan kita juangi

Tapi itu canggah DAP hajati
Janji mereka jika memenangi
Adakah kelak Pas tewas lagi
Isu agama pun tidak berani

Dalam menutup lemah diri
Sarankan UMNO dan mufti
Forum dengan Pas diingini
Kurang bijak politik begini

serling
30.09.2011
jumaat
…....
p/s;
UMOnline:29.09.2011:3.34am:khamis;
“MPP pembangkang tidak akan laksana hukum hudud”

No comments: