Friday, July 1, 2011

SIAPA BERSIH ?

MENJELANG BERSIH 2.0 ?

Pabila benci kuasai diri
Minda terbuka terkunci
Demi seseorang agungi
Mudah buat tunggangi

Dilebelkan maksum suci
Sebarang katanya yakini
Bijak lakonan dipameri
Belitan auta licik susupi

Dalam penuhi hajat hati
Halal dan haram disekali
Apapun kaedah digagahi
Nama Raja kita ikut jajai

Tanggal 16.09.2008 bukti
Konon SPB Agong restui
Dia bakal Perdana Menteri
Hakikatnya Najib, PM kini

Lupakah penipuan besar ini
Kes liwat kedua pula dilalui
Berbagai karenah diperagai
Akhirnya di mahkamah adili

Dijajakan ke pelusuk negeri
Puak pakatan bersama ikrari
Ketua Pembangkang dicayai
Didakwa mangsa konspirasi

Dalam kes liwatnya diadili
Didedahkan video seks asli
Dengan 99.99% amat tepati
Dapatan pakar memperakui

'Trio' pendedah telah hakimi
Mengakui salah buat tontoni
Juga dilihat YB PKR, Johari
Pada bosnya kesetiaan diberi

Jikalau 'BERSIH' berjati diri
Perjuangan patut benar suci
Ciri tak bersih anwar miliki
Wajar kepada anwar disasari

Diuarkan ambiga mengepali
Tapi bukan rahsia sembunyi
Bagaimana anwar mengingini
Sebelum kes liwat sambungi

Gedebee sungguh tunjuk aksi
Diuarkan banyak-banyak kali
Demonstrasi BERSIH 2 jadi
Walaupun ada diISAkan nanti

Mereka perguna ayat-ayat basi
Konon BERSIH rakyat ingini
Mereka lupa prinsip demokrasi
Majoriti lawan minoriti hormati

Lebih seribu Aduan Polis temui
Bantahan pada BERSIH dimetri
Bijaksana pihak Polis kita ingini
Langkah pencegahan tepat sekali

Syukurlah Malaysia selamat kini
PKM bersenjata telah tiada lagi
Ideologi komunis sukar bendungi
Melalui BERSIH, komunis sertai

Kecekapan pihak polis dihargai
30 penyokong PSM dapat kesani
Beserta bahan-bahan bukti temui
Reman disahkan mahkamah tinggi

Melihat kesimpulan isu dihadapi
Apabila minoriti tidak sedar diri
Bakal PRU13 yang akan ditemui
Kaedah pakatan menipu pengundi

serling
[02.07.2011]
sabtu
…....

p/s:
UM:30.06.2011:khamis:
“Peringatan tegas Polis”
“Bersih tetap diteruskan walau ditahan ISA”
“Isu video seks: Johari digesa berkata benar”
UM:01.07.2011:jumaat:
“SPR cabar BERSIH”
“Komunis: Lagi bukti dibongkar”

No comments: