Friday, June 10, 2011

UTAMA DIRI ?

SERUPA UMNO & PAS ?

Kongsi luahan awal jun ini
Perihal individu dan parti
Sebagai negara demokrasi
Baik dan buruk tak kecuali

Ucapan tahniah pada Hadi
Kerusi presiden Pas miliki
Kekalkan tanpa ditandingi
Pimpinan Hadi unggul lagi

Tuah nik aziz dan juga hadi
Ketika masih berkuku parti
Berjaya anak mereka masuki
Bijak rancangan kuatkan diri

Penyakit berjangkit meresapi
Kaedah yang pakatan sehati
DAP, PKR dan Pas berselari
Utama darah daging sendiri

UMNO pun dulu mengalami
Masa pak lah presiden parti
Luar biasa KJ menantu aksi
Kepada UMNO jadi liabiliti

Beza pakatan rakyat reaksi
Kaedah demikian kuat parti
Tunggulah 'bapa' gugur gigi
Rendah tinggi langit dirasai

Dalam Pemuda UMNO kini
Pembela KJ niat sembunyi
Sentuhan KJ amat diingini
Dalam PRU13, BN wakili

Apa diungkit dahulu alami
Begitu peminat KJ peragai
Demi lalun PRU13 hadapi
Yang liabiliti usah lindungi

Sama anggotai pakatan kini
Anak menjadi pelapis mesti
Parti bagaikan hak peribadi
Diam ahli bukannya restui

Caragaya TunM patut ikuti
Semasa bergigi dalam parti
Tidak amal kaedah payungi
Barulah anggota senang hati

serling
[11.06.2011]
sabtu
…...

No comments: