Wednesday, October 13, 2010

BUAT KELAKAR ?

SEBALIK SENAK KEPALA ?

PM mat jenin uar kelakar
Berlagak diri hebat benar
Di Jakarta sidang akhbar
Kunjungan santai tersiar

Gerak anwar mudah teka
Agar dirinya focus berita
Konon dia saja bijaksana
Beberapa minggu sahaja

Penyokong tegarnya jaga
Imej dirinya molek gaya
Di sebalik lakonan usaha
Persoalannya hingga bila

Pada Indonesia puji-puja
Demokrasi sebenar kata
Negara sendiri lekeh saja
Manusia lupa diri peraga

Timbalan speaker jumpa
Di Indonesia jadi berita
Jadi alat pancing media
UMNO dan UM dicerca

Gerak anwar mudah baca
Dalam negara tidak selesa
Kena kes liwat kali kedua
Banyak helah elak bicara

Rahimi dedahkan perkara
Kini diikuti Rashid suara
Mereka ngaku kena paksa
Polis sewajar siasat segera

Pada peminat anwar setia
Anwar itu teramat mulia
Tidak buat buruk perkara
Manusia begini jadi kuda

Apapun logik kita perkata
Antara boss dan bawahnya
Perintah boss akan laksana
Bukti penjara ingat sentiasa

PKR gelora seluruh negara
Dengan segelitir sempurna
Kepimpinan PKR pilih hala
Adilkah pemilihan akan ada

Banyak andaian dia ke sana
Adakah buat tenang kepala
Atau ketemu kawan sehala
Bincang atasi hal melanda

Pembangunan luar bandar
Najib selaku PM buat segar
Teramat sakit anwar dengar
Ada di Jakarta berita keluar

serling
[14.10.2010]
khamis
……
p/s:
UM:13.10.10:rabu:
“Anwar dakwa mampu selesai masalah Malaysia-Indonesia segera”
BHOneline:13.10.10:rabu:
“Anifah kesal Anwar burukkan negara kepada jiran”

No comments: