Friday, August 27, 2010

BERES SEGERA ?

PERIHAL 3 INDIVIDU ?

Isu tiga individu utama
KJ dan Namewee pertama
Soal Taib mahmud kedua
Perlukan tindak bijaksana

Antara KJ dengan Pesaka
Keciknya KJ tidak terkira
Panjat KP pun lawan tiga
Kandas jika lawan berdua

Pegangan hamba tiada beza
Tak cucuk KJ ketua pemuda
Pada najib mohon bijaksana
KJ jadi KP tamatkan segera

KJ analogi bagai ibu gula
Kerana ‘aura manis’ tiada
Pemuda UMNO kurang maya
Ibu gula baru mestilah ada

Kesan naik atas luar biasa
Lompatan langkah kepala
Keserasian jadi KP tiada
Dikekal KJ, rosak pemuda

Gelagat Namewee mengada
Dulu “Negarakuku” senda
Termaaflah beliau berjaya
Soi Leklah antara berusaha

Kali ini guna ‘youtube’ juga
Berbaur perkauman diguna
Salah tempat berani peraga
Tanpa dalang, sukar jumpa

Pilihanraya DUN bakal ada
Taib Mahmud, KM semasa
Tanding lagi atau undur aja
Impak BN andai silap gaya

PRK di sibu parti DAP jaya
Kalahkan BN capailah cita
KM terlama antara isu jaja
Undian demokrasi akur aja

TS Taib mahmud berjasa
Capaian Serawak bangga
Demi lebih peluang BN ada
Cukuplah penggal ini saja

Beri peluang pelapis sedia
Pilih kasih tidak wajar ada
Jejak TunM teramat mulia
Tabur bakti cara lain pula

Silap aksi, negatif jadinya
Ketika 1Malaysia perkata
Unsur ganggu, kena tiada
Bijaksana najib mesti jaja

serling
[28.08.2010]
sabtu
……
p/s:
-NST:27.08.10:jumaat:
“Many want to see Khairy quit post, says Perkasa”
-UM:27.08.10:jumaat:
“Khairy jadikan Perkasa alasan tagih simpati”
-BH:27.08.10:jumaat
“Puteri UMNO desak kerajaan bertindak tegas terhadap Namewee”
“Najib akan berbincang 'hati ke hati' dengan Taib Mahmud”

No comments: