Thursday, July 1, 2010

AKAL SI KANCIL ?

NANTI SAAT KECUNDANG ?

Dalam sastera rakyat melayu
Epik binatang ada unsur lucu
Cerita sang kancil ramai tahu
Perihal kancil bertingkah laku

Binatang diberi sifat manusia
Boleh bertindak bertutur kata
Mengajar masyarakat terhala
Pemimpin serta rakyat biasa

Watak ‘kancil’ kini sendiwara
Dalam menuju hidup selesa
Anwar penasihat P R serupa
Hanya dirinya bukan mangsa

Kaedah lisan sampai cerita
Oleh insan si penglipur lara
Kini dalam buku boleh baca
Watak kancil ciri bergeliga

Cerdik kancil kagumkan kita
Gajah dan harimau mangsa
Termasuk kerbau dan buaya
Naik tocang kancil gembira

Bijak kaedah penglipur lara
Kancil berlagak tercabar jua
Sesama binatang diperdaya
Tewas kancil cara luar biasa

Binatang saiz besar mangsa
Penaik tocang kancil peraga
Siput dan agas menjadi wira
Bersaiz kecil tetapi wibawa

Ketentuan Allah Maha kuasa
Pelandok lupa jerat terbiasa
Jerat nanti masa penuh setia
Begitu nasib si kancil merasa

Analogi buat anwar serupa
Sekutunya boleh diperdaya
Tapi bertahan berapa lama
Konon ke US perbaiki luka

Siput dan agas boleh jumpa
YB keluar PKR jadi umpama
Pada anwar amat luar biasa
Digambarkan tiada apa-apa

Nasib MB Selangor terjangka
Khalid Ibrahim menanti masa
Tiada kuasa politik berbahaya
MB kudung tangan umpama

Macam kancil, si anwar gaya
Berbuat baik muslihat sahaja
Bila jadi hampas, dijauhi dia
Kini zaid tebu baru dakapnya

Jika mengkaji sastera melayu
Halatuju didik bertingkah laku
Benar YB keluar PKR berlaku
Sengaja anwar pura tak tahu

serling
[01.07.10]
khamis
……
p/s:
UM:01.07.10:khamis:
“Anwar ‘pujuk’ Yahudi”
UM:30.06.10:rabu:
“Riwayat Abdul Khalid sebagai MB makin pendek”
“Anwar lebih berkuasa di Selangor”
“Politik pulun, cakap tidak serupa bikin moto terbaru Anwar”

No comments: