Monday, March 29, 2010

ADA LAGI ?

SYUKUR DILANTIK SEMULA ?

Bagai udang sebalik mi
Pabila nik aziz berperi
Andai tidak dipilih lagi
Sanggup undurkan diri

Dikatakan sebelum ini
Uarkan keuzuran diri
Badan tidak larat lagi
Ke KL mesyuarat parti

Sah diumuman rasmi
Oleh hadi, ketua parti
Tokok lima tahun lagi
Kekal jawatannya kini

Mursyidur am dimiliki
Tiada yang layak ganti
Adakah menjaga hati
Nik aziz bernafas lagi

Pengaruh nik aziz rasai
Tanpa dia, pas tak pasti
Itulah yang hantui hadi
Presiden bagai disaingi

Imej ulama, beliau jajai
Katanya ahli menyakini
Jikalau kita menghalusi
Fokusnya survival parti

Atas sifat sebuah parti
Ada yang pendam hati
Nik aziz kena undur diri
Tapi laluan tersekat kini

Banyak mungkin terjadi
Tempoh lima tahun lagi
Pada nik aziz akan rapati
Bagi promosi hebat diri

Ingatkan perihal dilalui
Selaku MB kuasa miliki
Menantu dilantik posisi
Serta kuasa yang dimiliki

Bila menantu kena henti
Juga batal ke tanah suci
Atas tajaan yang diragui
Imej ulama telah dicalari

Cakap dan bikin berselari
Demikian Islam mengajari
Lihat apa nik aziz pameri
Bagaikan sanggahan jadi

Tempoh lima tahun lagi
PRU 13 bakal dihadapi
Adakah aset atau liabiliti
Tunggu pilihan pengundi

serling
[30.03.10]
selasa
…..
p/s:
BERNAMA.COM: 29 Mac, 2010 19:05 PM
”Nik Abdul Aziz Bersyukur Dilantik Semula Mursyidul Am PAS”

No comments: