Sunday, February 7, 2010

BERAT SEBELAH ?

MAHU TUKAR HAKIM ?

Marah benar pada Utusan
Mahu dikenakan hukuman
Hina mahkamah dakwaan
Peguam Anwar menyaran

Akhbar lain pun siar juga
Tapi pada utusan adunya
Bila hakim putus perkara
Niat peguam tak diterima

Terhalang hajat pembela
Ujian hakim awal bicara
Yang Arif jelas bijaksana
Tetapi pembela terus gesa

Skrip lama ulang kembali
Kes liwat dulu anwar lalui
Augustine Paul pun disudi
Pada hakim tidak diyakini

Keputusan bijak kita rasai
Hakim asal kekal hakimi
Hinggal selesai kes adili
Seperti putusan diketahui

Tinjauan internet jumpa
“Augustine Paul II” kata
Hakim bicara dilebel pula
http://anilnetto.com punya

Bagaikan alasan saja ada
Hakim bicara tegas gaya
Pembela tidak selesa pula
Berat sebelah tuduh kata

Anwar dan peguam serasi
Itukah sepakatan dua hari
Hakim bicara tak senangi
Kena tangguhlah hari ini

Kerana anwar disanjungi
Pengikutnya amat yakini
Perkara yang anwar zahiri
Telan semua tanpa sangsi

Profil tinggi sukar bicara
Jauh liku jalan diperguna
Ngapa saiful tidak ditanya
Peguam banyak apa guna

Bila utusan kata menghina
Bagai anwar sukar dibela
Kemas pendakwaan bawa
Teori konspirasi sua semula

Kalau dibuat perbandingan
Kes liwat pertama rakamkan
Hadir sekarang berkurangan
Celek mindakah gambaran

serling
[08.02.10]
isnin

p/s:
BERBAMA.COM: 08 Februari, 2010 11:59 AM
“Perbicaraan Kes Anwar Masuk Hari Keempat”

2 comments:

BENGAH @ SERLING said...

Perbicaraan tangguh lagi
Pada hari keempat lakari
Tanpa guna peluang beri
Hak peguambela dibaziri

Peminat anwar suka hati
Agar Yang Arif diganti
Tulisan di internet bukti
“Utusan hina” dibuat titi

Keras ala peguam zahiri
Jika hakim tak tarik diri
Permohonan baru nanti
Hingga hasrat jadi realiti

Status hakim amat tinggi
Kerenah peguam fahami
Kehendak klient dizahiri
Putusan hakim ditunggui

Azam Abd Rahman said...

bengah, sendiri tulis sendiri komen ni,
peluang aku sudah kau tutupi
apa lagi yang boleh kubuat
selain duduk termenung dah melihat..

ini memang sungguh tak aci
bagilah peluang aku ulasi
kalau nak komen pun bengah tak beri
pantun di jual sapa nk beli?

ada ubi ada batas
ada beri ada balas
ada budi berserta ikhlas