Wednesday, June 3, 2009

TERSURAT SERUPA TERSIRAT ?

GAYA PIMINPIN JADI PENENTU !

BN lawan Pakatan Rakyat
Sebegitulah yang kita lihat
Pucuk peminpin tentu hayat
Salah pucuk menjadi mayat

Gaya pemburu jadi analogi
Laluan buruan dikenalpasti
Permudahkan kaedah dicari
Sifat diri buruan perlu teliti

Dalam mainan politik kini
Tokoh peminpin ikutan ahli
Peminpin elak karenah jadi
Pengikut butatuli kehendaki

Jadikan diri kita ‘pemburu’
Peminpin wajar dicemburu
Salahbuat beliau ambiltahu
Sikap tegurtanya amat perlu

Elakkan perasaan segan silu
Dalam UMNO telah berlaku
Hasil tegurtanya bertalu-talu
Kini najib memikul di bahu

Bagaikan kita beza bahtera
Satu milik BN, satu PR pula
Bahtera BN mudah caragaya
Akur wajar undur tiba masa

Bahtera PR banyak gaya ada
Sebalik tenang yang didakwa
Nakhoda bertiga sering curiga
Bersatu serang BN ikrar setia

Sejarah BN lalui banyak liku
UMNO,MCA dan MIC dulu
Tahun 1955 diperingati selalu
Dalam Perikatan parti bersatu

Tahun 1973 tambah parti baru
Bermulalah BN bergerak maju
PAS juga ikut sama mula dulu
Kini join DAP dan PKR seregu

Jika PAS,DAP dan PKR diteliti
Parti PAS paling matang sekali
Tapi dalam PR bagai diikat tali
Islam PAS kini kurang dibunyi

Dulu MB Perak PAS memiliki
DUN Perak merakamkan saksi
Mulut nizar sendiri menzahiri
Hasrat tegak Islam beliau nafi

Rakyat inginkan sihat walafiat
Apakah sebenar nizar berhasrat
Bohongi DAP dan PKR disurat
Adakah tersurat serupa tersirat

serling
04.06.09
khamis
…..

1 comment:

.@blogger.com said...

Salam tuan,
Saya admin blog Gabungan Suara Anak Pahang telah memasukkan /link-kan blog-blog tuan @ Koleksi Puisi Serling dan Bukit Semut Bongkok kedalam daftar GASP. Sila lawati blog berkenaan - http://gerbangtemumaya.blogspot.com