Thursday, May 21, 2009

USAH TERPEDAYA !

USAHA MEWIRAKAN CHIN PENG !

Hock nam punya nama
Dalam Gerakan kepala
Pengerusi di P.P takhta
Nada suara racun bisa

Dengan suara bersahaja
Contoh China dan Rusia
Ganas komunis dah tiada
Akui di limapuluhan ada

Tarik sokongan diagenda
Nama mohd Idris diguna
Seorang aktivis ada nama
Biasa dikaitkan pengguna

Hoch nam bukan muda
Lupa sejarah menimpa
Mati ketua polis Negara
PKM empunya angkara

Kuala Lumpur tak lupa
Lokasi KPN jadi mangsa
Setelah negara merdeka
Kecuh negara seketika

Hock nam bohongi fakta
Usia 85 tahun digula-gula
Buat simpati pulun segera
Konon Chin Peng berjasa

Rayuan mahkamah terima
Keputusannya wajib guna
Tempat Chin peng di sana
Mahkamah tepi hasratnya

85 tahun dahulu dicuriga
Rekod lahir tak sempurna
Ruang menipu luas dibuka
Walau mesin fotokopi tiada

Atas bukti kelahiran tiada
Mahkamah amat bijaksana
Kini saluran lain perguna
Harmoni kita usah diduga

Chin peng dijadikan wira
Dari usia 15 dikata berjasa
Korban demi bebas negara
Pada British tentangan hala

Ngapa cerita tak sempurna
Republik Komunis niatnya
Versi PKM sejarah perguna
Yang manis ditunjuk segala

Bangkok –Perak dekat saja
Jika chin peng ingin jumpa
Boleh ulang-alik bila masa
Mudah perjalanan tersedia

Hock nam dan sealirannya
Hentikan lakon sendiwara
Udang sebalik mi jelas jua
Cuba ubah sejarah negara

Pada Najib PM semasa kita
SatuMalaysia hasrat mulia
Usahlah mudah terpedaya
Fikiran ala hock nam bala

serling
[22.05.09]
jumaat
….

12 comments:

merandok said...

cacing nak naik kemata
bila syaziman tak buat kerja
diabai keselamatan negera
sibuk entah ampu siapa

masuk blog ni kalau tak percaya:-

http://www.matamin.blogspot.com/

merandok said...

bukit semut dirikan
balai ilmu tujuan
dibawah cahaya bulan
lilin jadi suluhan

tiada niat ungkitan
cuma nak jadi ingatan
tiada semua satu acuan
cikgu t singkatan

bila tuba dicurahkan
kasih tiada harapan
budi kecai jadi mamahan
khianat tiada alasan

malu tiada fikiran
tangis bukan bayaran
kesal hanya beban
kenangan kemudian

bulan said...

Sejarah sekarang jadi gurindam,
hasrat pemimpin tamahu dendam.
Banyak orang banyaknya ragam,
ragam chin peng, buat aku geram.

Itu dia tanah semenanjong,
di jajah oleh kaum perkasa.
Adat jaga marwah dijunjung,
baru terpelihara nusa bangsa.

Dari mana asal lempeng,
dari tepong dibakar api.
Dari mana moyang sichin peng,
dari tanah situ,biarkan dia mati.

Apa guna menjual membeli,
kalau menipu baru berani.
apa guna chin peng kembali,
sakadar menduga melayu kini.

Sambal petai Paklah suka,
sedap makan terkeluar hingus.
Biar mampus penghianat celaka
Jangan hidup digelar dayus.

BENGAH @ SERLING said...

SAPA LAGI ?

Syabas rais yatim berbunyi
Dewakan PKM kena halangi
Wajar RTM siarkan tiap hari
Kezaliman PKM kena ingati

Aksi akhbar Inggeris dikesali
Tulisan gaya PKM diberi puji
Elok buruk PKM cepat susuli
Bukan memuji PKM promosi

Kisah Bukit Kepong sayathati
Ditayangkan tatapan generasi
Usah tunggu penajaan tayangi
Mendewakan PKM amat keji

Veteran lawan PKM ada lagi
Rakamkanlah kisah benar jadi
Minda generasi baru kena jagai
Bila ditubai sukar O.K kembali

Jika bukan rais yatim, sapa lagi
Keprihatinan beliau amat hargai
Kementerian dipegang menepati
Sokongan semua pihak termesti

merandok said...

menghilir air ke muara
tiada ditahan ampangan
sungai pahang namanya
saksi perit perjuangan

tunduk tidak bahaman
orang kaya semantan
itu asal keturunan
titis darah berikan

lubuk paku tinggal nama
raja singgah tidak lama
gugur wira atas senjata
anak tinggal tiada bapa

apa jadi sejarah dilupa
durjana pemegang pena
pemeras rakyat dipuja
pembela negeri dicerca

penjajah dihalau sudah
jerih darah orang dahulu
negeri bebas kaya rasuah
pecah belah tiada bersatu

gitu adat laluan zaman
yang tua nyanyuk lupakan
kemudian ulang kesilapan
dahulu juga disalahkan

merandok said...

kerja malas semua tahu
sekarang bukan zaman dulu
idea bernas orang mahu
ramai sekolah bukan dungu

itu juga diulang tayang
filem lama yg sudah usang
PKM dakwa sejarah dikarang
benda kelam mesti diterang

tergadai pulau maruah diserah
'win-win situation' dia olah
gitu kelaku orang bedebah
berlagak raja minta disembah

mengungkit perkara niat tiada
cuma dah berkeresai dimata
orang tu orang tu lah juga
urusan penting beri percaya

hal chinpeng bukan mudah
bukan pulau boleh ditarah
hak sebenar mesti didedah
sebelum tanah jadi darah

blog matamin itu nadinya
buku chinpeng dijual merata
ubahlah cara mengikut masa
barulah elok sampai maksudnya

karanglah terang balas kata
bantah matamin dengan fakta
siapa chinpeng dikata dewa
baru yang muda faham segala

republik utopia yang dia damba
faham demokrasi sekat sejahtera
golong tani kononnya dia bela
keras kata mengangkat senjata

gugur perwira tiada bernama
nisan ditinggal tidak bertanda
itulah legasi chinpeng durjana
kekunang berapi dikata bara

faham ideologi sahaja berbeza
adik beradik bertikam senjata
yang dibenci kehutan dibawa
hilang jiwa kubur pun tiada

bulan said...

Utusan Melayu pelita kata,
gambaran jelas suara pendita;
tiada mampu nak bercerita,
hanya percaya yang terberita.

Teringatkan cina tu kominis,
kata datok begitunya bengis;
emak dan abah diam terguris,
ta mahu cerita takut menangis.

Merah ke biru tegak berseri,
gerhana tepat datang menerpa;
sejarah dahulu hendak dicari,
mana yang dapat takan dilupa.

sekolah batu beraleh kaca,
sekolah kayu dipingir hutan;
buatlah buku boleh dibaca,
supaya cucu mahir bertahan.

Sarah merayu bersajak puisi,
gayanya mampu jadi ikotan;
sejarah melayu harus dihalusi,
supaya ta tertipu dek hasutan.

Mencari kayu geragan batu,
peringat orang peletak warna;
salagi melayu enggan bersatu,
semangat berjuang ta sempurna.

merandok said...

gitu hal menteri sekerat
keluar hujah yg tak hemat
blog matamin dulunya tenat
sekarang dah makin hebat

tak ada kata gambar disua
abdullah cd dengan paduka
dengan IGP VVVIP pun ada
menteri hebat nak kata apa

terantuk baru tengadah
dilantai dah ada kuah
matamin lelah bermadah
bela diri dengan hujah

pkm haram itu kata gomen
nak masuk tanya imigresen
alasan saja dakwa matamin
gambar saksi bukan main

bulan said...

Marahnya tuan bila bermadah,
pukolan tak tepat tetapi terjerat;
Tekanan datang ribut penyudah,
permainan agenda puak keparat.

Ketika lemah tampirnya terang,
seperti tuan selalu menyerang;
Cuba menentang tentu dihalang,
penyatuan kita harap tak hilang.

Siapa suka islam bergemilangan,?
pileh kesederhanaan dari kesenangan;
Kebodohan jua pembawa kemalangan,
Musoh berkawan untok kemenangan.

Salah Pak iman, lebai memerentah,
pengajaran satelah Pak Lah melatah;
Tak pandai, asal iman tak bergoncang,
rupanya Negara ku samakin pincang.

Bisik kan sajak berlagu longlai,
perhatian ramai sudahnya tentu;
Berunding cerdek dengan pandai;
kekuatan melayu kan menjadi Satu.

BENGAH @ SERLING said...

Nakal hock nam buat gesaan
Ketua PKM diberi kemuliaan
Meminta Chin Peng wirakan
Syabas Najib buat penjelasan

Muslihat hock nam demikian
Pastinya wakili puak sealiran
Tidak ! PM dalam kenyataan
Lega rakyat malaysia siuman

merandok said...

retorik jadi ratiban hari
mata jelata nak dikaburi
kokok kuat ekor penuh tahi
lain dimulut lain dihati

bertingkah berteka-teki
berseloka tidak berperi
liuk langkah bukan tari
tamak dah sarang dihati

cakap sahaja bukan perli
tak paham bukan tak reti
gimana gendang gitu tari
dimana pintu kesitu kunci

bulan said...

Puisi panton bunga melati,
tak dan bukan seloka perli;
Benci mencaci penyakit hati,
Mana mungkin bersatu kembali.

PK berkokok PAS bersorak,
ada bertepok, melayu tentang;
Berfikir terok menolak ombak,
samakin ditolak samakin datang.

Sebarang kata boleh dibilang,
walau pahit saakan hempedu;
Perang lidah tidak bertulang,
agenda apa ta siapa pun tahu.

Lama paklah tidak kelibatan,
angan memasak gulai petai;
Biar rosak dalam perdebatan,
jangan rosak terkena pakai.

Cocok benang kelim jahitan,
celaka jarum terlepas tangan;
Kutok senang menikam ikatan,
Pengaruh asing disokong jangan.