Tuesday, May 19, 2009

DEGIL BERGANDA ?

SENJAK SEMBAH DERHAKA !

Penjual ubat dijalanan
Permudahkan andaian
Warna suatu kedegilan
Demokrasi jadi mainan

Makin bijak tutur kata
Dalam laris ubat dijaja
Ramailah insan tergoda
Beli ubat kerna percaya

Lagi kejadian penipuan
Skim Cepat Kaya jalan
Wang si mangsa ditelan
Yang kena berpelajaran

Berbagai kempen disua
Tapi dipekakkan telinga
Kerajaan ditohmah pula
Difitnah dengki mereka

Disebalik cetus kejadian
Baling batu sorok tangan
Kepala orang berbenjolan
Bodoh kita jadi santapan

Nizar menyembah derhaka
Kepada Raja sah bertakhta
Situ masalah segala punca
Raja Perak bagai disenda

Jika gelagat Nizar muakan
Juga hasrat PR makburkan
Lihat jelas sudi bodohkan
Majoriti ADUN dinafikan

Ikutlah falsafah orang tua
Perhati gelagat orang gila
Jangan diikut apa dia kata
Gunakanlah waras minda

Ku Li, MCA dan Gerakan
Bagaikan tak berpendirian
Jika SUHAKAM pedoman
Yang betul saja diakurkan

Jika negara ibarat bahtera
Nakhoda dan kelasi setia
Penumpang banyak gayarupa
Punahsihat utama diri saja


Raja kita berpelembagaan
Tapi PR sengaja lekehkan
Pilihan mereka dipaksakan
Ngapa lumpuri imej Sultan

serling
[19.05.09]
selasa

10 comments:

merandok said...

tun perak sembah derhaka
perintah paduka tidak laksana
kalih nizar bukan tak setia
bela rakyat tak mahu aniaya

hal benar bukan tohmah
benda betul tidak fitnah
raja adil mesti disembah
yang zalim wajib disanggah

majoriti itu tiang demokrasi
bilangan adun atau pun mp
tak kira umno, pas ke dap
molek mandat rakyat beri

gitu dalih mainan diperak
hak palsu itu yang diarak
palit lumpur dikata celak
negeri aman jadi porak

negara elok ibarat bahtera
teraju lurus molek layarnya
ombak geruh ditempuhnya
karang teguh dikelihnya

bulan said...

Menjawab merandok dalam puisi cek serling.

Suka hati lah merandok,
dari kacamata yang bongok.
Nizar ta setia sanggop derhaka,
sandiwara bermula cerita direka.

Tomah fitnah hanya teka teki,
disembah disanggah alasan saja.
Nizar dah jadi baruah berkaki,
sampai raja dicemoh juga dijaja.

Atas demokrasi Nizar diketepi,
kehendak sultan dan majoriti.
Kuasa dan pangkat tetap berapi,
kegilaannya, ikut kehendak hati.

Sayang kebetolan negeri perak,
tanah diharap kuasa pendatang.
Memegang kuasa banyak tergelak,
kesudahannya siapa yang matang.

teraju lurus molek layarnya
belayar berulang kasana kamari.
karang teguh dikelihnya
melayu bijaksana kasehkan negeri.

Takut pisau terkena jari,
jangan dihiris sambil berjalan.
Mengguna senjata menjaga diri,
mengapa sampai memakan tuan.

merandok said...

seri bulan cahaya tak silau
indah purnama terang malam
madah merandok bukan kacau
apa yang betul itu di kalam

raja diperguna salah siapa
najib nak tunjuk pandai sendiri
perlembagaan ada di sia-sia
menang sorak gadai negeri

senjata diguna menjaga diri
tidak ditunjuk bukan hiasan
tingkah nizar tak pentingkan diri
mandat rakyat bukan mainan

DEB jadi gula pengikat janji
52 tahun melayu diperli
nizar bijak kasihkan negeri
rakyat maklum undi diberi

sitempang bertongkat
sibuta pun bertongkat
sebab tak sama..
kenapalah yang ini pun
ramai orang susah nak paham

BENGAH @ SERLING said...

Terima kasih merandok
Tiada halangan berkokok
Hamba pegang isu pokok
Derhaka nizar usah belok

Nizar dan tun perak beza
Gerak tun perak bermakna
Gerak nizar kerana nama
Tidak rasa apa DAP guna

Pesanan hamba buat rakan
Tulisan sesiapa,usik jangan
Biar pembaca buat tatapan
Minda terbuka lega badan

merandok said...

cinta jangan buta
sokong begitu juga
bukan usik sesiapa
yang elok itu dikata

sitempang pun guna
yang buta pun ada
pokok mungkin sama
niat nya tak serupa

kita rakyat biasa
apa ada cuma kata
gelegar kaya kuasa
rasuk begitu juga

murka bapak anak tak minta
budi Allah tahu sahaja
syurga juga lah balasnya
ampun penutup bicara

merandok said...

pembetulan "rasuk gitu-gitu juga"

bulan said...

indah purnama terang malam
hati orang siapa nak faham
apa yang betul itu dikalam
biasa saja dibuat juga diilham

Najib ta tunjuk pandai sendiri
silapnya Nizar, kataknya lari
menang sorak gadai negeri
itulah kerja Anwar satiap hari

tidak ditunjuk bukan hiasan
sakadar agenda untok bertahan
mandat rakyat jadi mainan
sabagai patong DAP pilehan

52 tahun melayu diperli
angan2 nak perentah negeri
rakyat maklum undi diberi
11 bulan mahkamah pula dicari

kias merandok laksana puan
berkeris sarupanya pedang
bijaksana rupanya tuan
bersembunyi ditengah orang

merandok said...

darul makmur tanah tumpah
berjauh jadi tapak dagang
hal perak hamba tak kisah
yang benar bukan nak perang

bijaksana sudah putuskan
zambry mb itu hukumnya
kuasa hak bukan mainan
gimana acu gitu kuihnya

bersorak yang menang
sejarah ada jadi saksi
dibangga ketika senang
sudah sayang jadi benci

silap langkah aturan catur
politik sudah jadi gurauan
perdaya lawan supaya sungkur
hak rakyat siapa nak pertahan

kias hamba luahan perasaan
lama tengok makin serengan
tak mahu ditelan disimpan
luah saja jalan ke depan

bulan said...

Kesah perak akhirnya sudah,
jadi percakapan siorang jawa.
Berkecil hati bukannya mudah;
marahnya dibawa dalam ketawa.

Tutup makanan elak tercemar,
buat hidangan anak pahlawan.
Jika sedikit katanya ta benar,
kita berdua kan menjadi lawan.

Timamg anak sipermaisuri,
ayermata terlenang lenang.
Kalah menang menimpa diri;
bawa tertawa supaya bertenang.

Buka acar untok Pak Nuar,
telor satu pecah didalam.
Jika Nizar dipehak yg benar,
tabor batu tidak tenggelam.

Orang daik memberi amaran,
datang dari segenab pekan;
Jikalau baik ambilkan pelajaran,
jikalau jahat segera buangkan.

merandok said...

najiblah raja katanya dikota
perlembagaan boleh dipinda
nak kisah apa rakyat jelata
yang perintah dia berkuasa

bawah umno saja semua satu
jangan peduli berbiliun disapu
yang tak reti otaknya kematu
launglah slogan “hidup melayu”