Sunday, March 15, 2009

IKHLASKAH ?

WAJARAN SARANAN HADI!

Saran hadi, nik aziz tak setuju
Pemudanya sokong, lain bisu
Banyak perkara menjadi begitu
Kata siapakah ahli PAS mahu

Hampir setahun PR beroperasi
Dahulu lima, kini empat negeri
Bagaikan DAP dan PKR ketuai
Kedah dan Kelantan terkecuali

Ustaz beri takzirah jelas perkara
Perihal janji di dalam hidup kita
Setiap janji jangan sengaja lupa
Memungkiri janji, sifat durjana

Imbas kembali PRU12 dahulu
Janji BA @ PR umpama madu
BN sendiri rasa tidak mampu
Demi kuasa, BA boleh menipu

Jelas sekarang PR engkar janji
Terbukti mereka utamakan diri
Camry tidak dijanji segera beli
Selangor dan Perak mencontohi

Hadi dan pemuda mungkin rasa
Peranan PAS tukang angguk saja
Caragaya nizar pernah buat kerja
Selamatkan PAS sebalik agenda

Dalam PAS pun ahlinya melayu
UMNO dan PAS eloklah bersatu
Pabila bersekutu bertambah mutu
Waspadalah, muslihat balik pintu

serling
[16.03.09]
isnin
…..
p/s:
-MM:15.03.09:ahad:
” Tidak perlu kerajaan campuran BN-Pas”
“Dewan Pemuda Pas setuju saranan Hadi”

KOTA BHARU 14 Mac – Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) menyokong penuh cadangan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar semua parti politik di negara ini bersatu mewujudkan kerajaan perpaduan.

Timbalan Ketuanya, Nasarudin Hassan berkata, idea tersebut tepat pada masanya untuk semua sama-sama memberi keutamaan menyelesaikan isu ekonomi dan konflik politik dalam negara pada hari ini.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) sepatutnya merendahkan keegoan bagi menerima pembangkang berfungsi dalam kerajaan.

“Kerajaan perpaduan bermakna kerajaan tanpa pembangkang. Ia bukan bermakna Pas akan menyertai UMNO atau pakatan pembangkang akan menyertai BN.

“Tetapi ia bermaksud kami diberi ruang dalam pentadbiran kerajaan untuk sama-sama mengambil peranan dalam negara menyelesaikan isu ekonomi yang semakin gawat dan juga konflik politik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat DPPP di JKR 10 di sini hari ini.

Abdul Hadi baru-baru ini dalam temu ramah dengan sebuah portal berita berkata, semua parti-parti politik di negara ini perlu bersatu untuk agenda yang lebih besar negara iaitu bekerja untuk kepentingan rakyat.

Presiden Pas itu mencadangkan pembentukan kerajaan perpaduan yang mana semua pihak bekerjasama untuk kepentingan negara bukan lagi untuk kepentingan parti masing-masing yang sempit.

Nasaruddin berkata, pandangan yang berbeza seperti yang disuarakan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng adalah perkara biasa pada peringkat awal sesuatu cadangan.

No comments: