SEMPENA 65 TAHUN UMNO !
Hari 11 mei baru lalui
65 tahun UMNO kini
Pahit dan manis alami
Presidennya silih ganti
Najib presiden terkini
Bila paklah undur diri
Selepas TunM berhenti
Faktor usia tidak izini
Onn Jaafar mendahului
Tapaknya Tunku jejaki
Diikuti Tun Razak aksi
Juga Hussein Onn ikuti
Onn Jaafar asaskan parti
Ditolak oleh ahli sendiri
Keutuhan UMNO amat teruji
Halatuju parti dijunjungi
Perintah mahkamah akuri
Batal UMNO,hukum beri
Tahun 1987 wajar diinsafi
Syukur kini pulih kembali
PRU 12 bagaikan tsunami
Dengan asakan bertubitubi
Juga lemah pimpinan parti
Parti lawan gembira sekali
UMNO makin mantap kini
Pimpinan Najib bawa seri
Bijak UMNO perbaiki diri
Dulu parti, bukan peribadi
Jika pucuk teratas berganti
Pucuk bawah usah kecuali
Gugurkan pucuk berliabiliti
Walau ketua sayap kepalai
Najib selaku presiden parti
Uarkan kesetian dan teruji
Awas ketua sayap liabiliti
Pilihan terbaik, undur diri
Yang ahli UMNO perhati
Bagaikan liabilti dilindungi
Tersurat dan tersirat dipuji
Konon sesuai jadi menteri
Pabila najib telah mezahiri
Mantap parti mesti realisasi
Jika liabiliti masih bayangi
Unggul PRU13 jadi mimpi
Jika diutama menjaga hati
Kata punasihat tidak sangsi
Cara presiden dahulu ikuti
UMNO bakal kecewa lagi
serling
[15.05.2011]
ahad
…...
Saturday, May 14, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment