SEMPENA HARI BELIA NEGARA
Hasrat jumlah satu juta
Raikan hari belia negara
Bertempat di Putrajaya
Pusat tadbiran negara kita
27 – 29 mei 2011 terceria
Banyak organisi ikut serta
Mewakili seluruh negara
Pada belia kerajaan cakna
Bukan angka hadir dikira
Andai tak capai satu juta
Halatuju acara capai juga
Syabas buat semua peserta
Kepada belia di putrajaya
Ingat himpunan ini sentiasa
Sebagai permulaan kerjaya
Untuk khidmat di putrajaya
Dua dekad perjalanan masa
Belia ganti siapa capai usia
Berlalu masa sekatan tiada
Mereka bakal tadbir negara
Tiada sesingkat mi segera
Bukan 'naik lif' tapi tangga
Setiap langkah amat makna
Pengalamanian mahal harga
Berhati-hati memilih kepala
Jika pesona apa yang dikata
Kerja buat pun tidak terasa
Banyak pengikut termangsa
Semak tadbir organisasi belia
Lokasi belia termasuk negara
Jika bermasalah undurkan dia
Penaik pelapis yang wibawa
Tapi amat memedihkan mata
Dan amat menyakitkan telinga
Adakah sentuhan tangan kuasa
Ketua berliabiliti diamkan saja
Menjelang PRU 13 bakal tiba
Kepimpinan Najib wajib caya
Demi masa hadapan para belia
Undi lawan BN, faedah tiada
Tapi ikut data pengundi ada
Ramai belia tidak buat cakna
Daftar pengundi berbuat leka
Terlupakah nasib generasi kita
serling
[27.05.2011]
jumaat
…...
UM:27.05.2011:JUMAAT;
"Bersedia Untuk 1,000,000 Belia 27 - 29 MEI 2011"
"Himpunan Sejuta Belia Putrajaya MEI 2011 - Pemangkin Transformasi"
Friday, May 27, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment