Tuesday, May 17, 2011

KOKOK LAGI ?


TAKUT DIADILI ?

16 mei 2011 ramai tunggui
Adakah 'prima facie' temui
Seperti yang kita maklumi
Bijaksana hakim mengadili

Selepas tiga tahun harungi
Berbagai karenah galangi
Dakwaan Saiful ada bukti
Gagal anwar lepaskan diri

Tanggal 6 Jun 2011 mulai
Hingga 30 Jun 2011 metri
Bersumpah kandang saksi
Pilihan anwar telah setujui

Senda mahkamah rakami
Penyokong anwar warnai
Konon anwar kena anayai
Caya anwar maksum suci

Dipolitik masalah peribadi
Pulun ahli PKR sejak pagi
Wakil Pas dan DAP sertai
Penasihat pakatan diagungi

Anwar wajib membela diri
Sehingga perbicaraan lalui
Anwar bebas kemana pergi
Pasport beliau tetap fungsi

Elok kes liwat kedua kini
Tahap curiga patut tinggi
Andai si anwar cabut lari
Perbicaraan pasti tak jadi

Dilihat gelagat anwar aksi
Penyokong caya buta tuli
Ibarat lembu dicucuk tali
Kata buatnya tak curigai

Keadilan bukan had bibiri
Prosedur mahkamah akui
Hakimlah pemutus hakimi
Tertuduh sukar mengakui

Berita terbaru luar negeri
Pengarah urusan IMF lalui
Sebebelum pulang negeri
Polis New York cepat aksi

Adu pengemas bilik layani
Pangkat 'DSK' tak halangi
Kepada AS, anwar kagumi
Kerenah anwar makan diri

Beza 'keadilan' anwar ragai
Diri sendiri yang mengadili
Berkokok anwar kesana sini
Bahawa dirinya 'bersih suci'

Orang waras amat meneliti
Tak mudah kena tunggangi
Seperti bekas YB PKR aksi
Si anwar dan PKR hindari

Amat ditakuti bakal ketemui
Tarikh 6 hingga 30 Jun nanti
Kelicinan bicara amat sangsi
Andai penyokong provokasi

serling.
[17.05.2011]
selasa
….

p/s:
UM:17.05.2011:selasa
“Liwat:: Anwar diarah bela diri”

No comments: