Monday, May 30, 2011

BERTAUBAT ?

SAPA YANG KENA ?

Samada ulama atau sesapa
Berstatus pemimpin teruja
Para pengikut turut sahaja
Inginkan sokong membuta

Yang banyak soal dicuriga
Walaupun betul isu dikata
Demi muslihat capai juga
Halatuju ingin kekal kuasa

Contoh terkini kita jumpa
Video seks yang luar biasa
Kaitan dengan anwar jaja
Yang terpilih lihat segala

Kecuali seorang beragenda
Kepada anwar, ketua puja
Penonton lain yakin caya
Pelaku lelaki, sapakah dia

Pas perakui ulama wibawa
Tidak ikhlas perkara dikata
Tuah nik aziz tak terhingga
Impak politik lebih utama

Kisah mat sabu tidak lupa
Kes khalwat hotel perdana
Mahkamah syariah bicara
Hal teknikal, mat sabu lega

Dulu al-juburi, m sabu jaja
Tika anwar masih berkuasa
Tiada nik aziz cegah suara
Kini pada anwar amat caya

Beza hala politik dan agama
Pas dakwa, agama terutama
Tapi kes moral si anwar ada
Kepentingan politik terhala

Sinar harian melapor berita
Mudahnya nik aziz berkata
Yakin konon fitnah sahaja
Arahan 'taubat' tersalah sua

Dalam tokoh politik semasa
Rasanya nik aziz amat senja
Dulu kepada TunM persenda
Bila diri sendiri lain agenda

Masih tergiang tepi telinga
Konon TunM teramat usia
Tidak layak pimpin negara
Kena batang hidung dilupa

Kecuali penyokong bersetia
Kepada yang minda terbuka
Nik Aziz bertaubatlah segera
Pada si anwar patut waspada

Sekilas pandang situasi ada
Imej ulama dilupa seketika
Kerusi MB kelantan teruja
Pakatan rakyat yang utama

serling
[30.05.2011]
isnin
…...
p/s:
UM:30.05.2011:isnin:
“Nik Aziz diminta bertaubat”

No comments: