Monday, March 28, 2011

KANCIL BUNTU ?

KANCIL VERSI BARU ?

Akal si kancil jadi buntu
Bila agas serang bertalu
Agas gigit semahu-mahu
Diam si kancil membatu

Dilihat agas jaya menangi
Binatang lain insaflah diri
Bijak kancil boleh tandingi
Lemah kancil dimanipulasi

Di negeri kancil mendiami
Corak pemeritah demokrasi
Terbagi rakyat ikut idiologi
Bergabung depa ikut serasi

Tampuk negara,BN kuasai
Semua negeri BN diyakini
Kecuali empat buah negeri
Puak PR yang tadbir negeri

Kisah urustadbir PR warnai
Berjaya si kancil tonjol diri
Roket dan Bulan persetujui
Kepalai PR diisytihar rasmi

Capaian si kancil tertinggi
Timbalan Perdana Menteri
Buruklaku kancil dikesani
Jawatan dipegang diguguri

Dua kes yang kancil hadapi
Kes liwatnya teramat sensai
Sedozen peguamnya sehati
Menang kancil,muka berseri

Konon karisma kancil miliki
Dengan lebel Islam mebaluti
Banyak cedik pandai mangsai
Begitulah juga para pengundi

Si kancil bagaikan terlupa diri
Tanggal 16.09.2008 dendangi
Dakwa bakal Perdana menteri
Itulah pembohongan tertinggi

Hutang janji PRU12 dinanti
Supaya rakyat tak mengingati
Bebagai isu puak PR melagui
Pengundi tetap menagih janji

Andai usia tubuh kita perhati
Parti si kancil termuda sekali
Bulan dan Roket terlama lagi
Bijak kancil meposisikan diri

16.04.2011 bersamalah saksi
Hajat PKR amat besar sekali
Negeri Sarawak ingin kuasai
Diagih PKR terbanyak kerusi

Tapi SNAP rasa tak puas hati
Di sarawak sejak dahulu lagi
Mudahnya PKR mahu merajai
Dinasti Raja Brooke diingati

Tika kes liwat kedua diadili
Masalah DNA rungkai kini
Terdedah hal Video misteri
Senang teka kancil beraksi

Pengundi Sarawak peringati
Persilatan kancil patut awasi
Jadilah “agas” kawal negeri
Parti diketuai kancil hindari

“Tukar yang baru” dendangi
Minda pengundi ingin kaburi
Macam pilih suami atau isteri
Istilah cubaan memakan diri

Dengan otak yang Allah beri
Muslihat si kancil usah cayai
Banyak YB dan ahli jauh diri
Demi Serawak bijaklah undi

Buat si kancil generasi baru
Ikhtibarlah sejarah terdahulu
Teknologi terkini diketemu
Dalam bilik pun mudah tahu

serling
[28.03.2011]
isnin
…..

No comments: