JANGAN TERUS HUKUM ?
'Benarkah Sesat' dijudul diskusi
Dr Asri, Dr Mashitah dan Zabidi
Moderator Mohd Salahuddin aksi
Anjuran Sinar Harian merakami
Laporan diskusi wajar manfaati
Sejak dahulu bangsa kita alami
39 tangkapan Tahun 2009 aksi
Tahun 2008 hanya 28 dikesani
Di Shah Alam dijadikan lokasi
Bersamalah maklumat dikongsi
Tiga ahli panel amat menepati
Bekas anggota Alarqam wakili
Jangan terus hukum persetujui
Sebarang keraguan ditangani
Selesai cara ilmiah kehendaki
Sukar ditangkap kurang bukti
Bolehlah umum buat konklusi
Bendung 'laku sesat' termesti
Yang tersesat wajib dihampiri
Yang belum sesat wajib jagai
Dahulu langsung kita tontoni
Abuya 'bos alarqam' hadir diri
Berjaya pihak berwajib yakini
Ternampak Abuya menginsafi
Tapi gerakan Alarqam bernadi
Walau nama Alarqam dikuburi
Ajaran Alarqam telah menjiwai
Kematian Abuya tidak halangi
Ada INFO 'ajaran sesat' diberi
Buat rujukan yang ingin ketahui
Pengertian, sebab dan ciri-ciri
Wajarlah dibaca berulang kali
Sembilan elemen dikenalpasti
Ciri KETIGA sepatut dihayati
Dewakan pemimpin mewarnai
Minda pengikut bagai dikunci
Ledakan kerajaan langit ingati
Bergelar 'Ayah Pin' mengepalai
Lulusan Mesir ada menyakini
Status profesional juga sertai
Punca utama tataksub tertinggi
Pemimpin disanjung manipulasi
Bagaikan maksum seperti nabi
Tiada cacat cela mereka yakini
Melihat senario mukhtahir ini
Antara pemimpin sifat begini
Dalam Pas dan PKR didapati
Apa kata pemimpin dibontoti
Pertama nik aziz kata dan aksi
Bagaikan ciri ulama dilanggari
Kedua si anwar hebat melakoni
Caragaya depa berdua berselari
Wajar rakyat malaysia diyakini
Dengan watak nik aziz punyai
Hebat anwar sendiwara lakoni
Yang tak celek akan dimangsai
Dasar 'ajaran sesat' punya ciri
Perbincangan ahli panel tepati
Dua tokoh tersebut kena awasi
Sebelum lebih ramai sesat diri
serling
[01.04.2011]
jumaat
…..
p/s:
SinarHarian (Edisi Selangor):01.04.11:jumaat:
“Jangan Terus Hukum”
“hukum Perlu penjelasan”
“Sukar tangkap jika tidak cukup bukti:Mashitah”
Friday, April 1, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment